>Bila Adia Sudah Pandai Berdandan

>

Adia w jewel, originally uploaded by hairieusoff.

Cik Rohani … boleh saya tumpang berbedak; Hasnah, isteri kedua Jamil (madu Tiga)

Tidak ada kena mengena dengan gambar tetapi, berbedak dan berdandan nampaknya sudah menjadi serasi dengan anak HE.

Tadi sempat keluar dan pergi membeli barang dapur. Anak dan isteri duduk di rumah, sejuk katanya. Di supa yang bernama Mami Mart berdekatan rumah ada jualan barangan 100 yen (RM3) sekali- sekala dihujung minggu. Sekadar menyeronokkan anak, HE beli mainan set barang kemasan (ada rantai, anting2 dan sepit rambut).

Asalnya, anak memang tidak mahu letak apa-apa di kepalanya. Rimas agaknya. Tetapi bila beli set mainan kecantikan ini, wah nampaknya satu hari tidak tanggal-tanggal dari kepala dan semuanya bergentayangan dan berberan-beran.

Wah! anakku sudah pandai berhias. Kata benak.

Budak-budak sekarang, lagak mereka cepat matang. Maklumat di sekeliling senang diperolehi. Tidak kurang juga ibubapa juga memainkan peranan. Bila laku mereka begini, semasa kecil nampak kawaii kalau dah besar..kowaii. Jangan jadi Mami Jarum dah..la ;p.

Supa : Supermarket
Kawaii : Comel
Kowaii : Menakutkan

Advertisements

12 thoughts on “>Bila Adia Sudah Pandai Berdandan

  1. >kawaii ne… geram tengok senyuman Adia cyan :Dgomen ne lambat wish. tertinggal shinkansen. okusama no go akainin, omedetou gozaimasu :)anak dara kat rumah ni pun dah mula. pantang pi supa, terpa tempat alat solek real, dan mencuba "tester" segala mak nenek. sedar2 dah "comot" muka dia hahaha

  2. >Comel sungguh Adia. Tak sabar nak punya anak perempuan. hehhehe…Tak salah jika Adia dan kanak-kanak perempuan di ajar berhias. Tapi biarlah berpada. Dan hiasan yang dipakai untuk tujuan kekemasan, bukan menunjuk-nunjuk.

  3. >Comel giler adia..! .. takpi.. kalo setakat mainan lagi takpe HE..! jgn nanti balik mesia.. dia mintak Habib Jewels dah laa..! Takut HE laks yg pengsan!

  4. >tapi bila cik adia bersua muka dengan anakrantau – dia pastikan akan cakap kat papa dia – kowaii !!!!aloo.. bro, apa macam kehidupan..? seronok berhari – hari di perantauan ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s