>Dream Theater – Asian Tour 2008

>DreamTheater akan mengadakan konsert di Budokan Jepun pada 15 januari 2008 ini. Ah! Memori lama. Kalian tahu apa itu Dream Theater? Kumpulan Metal ‘pojaan’ pakcik suatu ketika dahulu. Zaman muda-muda hati agak agresif walaupun dalam diam kita ada naluri yang cergas. Walaupun band ini telah lama hidup, malah ia wujud semasa HE terlalu mentah dan baru menjejak kaki di sekolah rendah tetapi iramanya membawa hingga kini. Album secara rasmi atas nama DreamTheater bermula pada tahun 1989 dan pada ketika itu HE di sekolah menengah. HE pun bukan kenal lagi DreamTheater pada ketika itu. Kalangan sahabat pula mengilai Metallica. Tetapi pada masa itu, HE cuba mendekati pendengaran HE pada genre yang sama dengan DreamTheater iaitu Manowar. Manowar dan DreamTheater pada pandangan HE mempunyai konsep yang sama. Album mereka boleh dikategorikan di dalam kelompok mengetengahkan ‘concept metal album’ (yang sebenarnya prograsive metal-saje buat genre baru). Album jenis begini lebih banyak bercerita menggunakan lirik dan mempersembahkan muzik melalui aliran Metal dan ini sangat memikat pendengaran HE. Kisah seperti peperangan dan kesedihan peperangan atau penceritaan terhadap kesedihan yang berlaku akibat pembunuhan kanak-kanak juga menjadi elemen penceritaan di dalam album berkonsep begini.

Kehadiran DreamTheater di dalam diri HE adalah semasa HE mula di dalam alam pekerjaan. Di situ HE rasa keunikan muzik mereka melalui album Scene From A memory. Pada masa itu, HE tinggal bersama sepupu HE yang sudah berkahwin di Ampang, selalunya selepas balik kerja, Kotaraya menjadi tempat berkunjung, selain mencari CD terbaru, di situ juga kadang kala tempat makan. Suatu ketika dahulu, selain di Kotaraya ada sebuah kedai yang banyak menjual CD lagu berkonsepkan Metal iaitu di Pasar Seni, di situ memang heaven kalau hendak beli album sebegini. Di situ HE menjumpai DreamTheater setelah taukeh kedai mempromosikannya. HE balik rumah dan menjadikannya halwa telinga sepanjang hari. Pada masa yang sama juga, HE mempunyai minat mendengar muzik grunge dan pada ketika itu band yang menjadi ilihan HE adalah Candlebox. Orang mungkin menggilai Alternative pada ketika itu tetapi HE lebih menjurus dan meminati Grunge (kira sama geng la tu kan..). Walaupun pada ketika itu Siti Nurhaliza bagai menggila-gila di dalam negara, DreamTheater dan Candlebox tetap menjadi halwa telinga HE juga.

Pada tahun lepas, 2007, DreamTheater mengeluarkan album mereka yang terbaru yang berjudul Systematic Chaos. Dan untuk album yang terbaru ini mereka sedang membuat ‘rombongan’ seluruh dunia untuk konsert mereka termasuk di Jepun. Rasa mahu pergi tetapi hati sudah pandai berkata “Bukan waktu aku untuk perkara sebegini lagi – Ingat-Ingatlah!”

Advertisements

One thought on “>Dream Theater – Asian Tour 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s