>Chua: Pilihan dan Konspirasi

>“Tolong jangan mengata pakcik tidak bersyukur kerana pakcik mendapat duit kalian untuk datang ke sini tetapi pakcik juga manusia yang punya mata yang boleh membaca surat khabar, dan pakcik ada jejari untuk menaip di sini (syukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa kerana pemberianNya)”

“Coretan ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan air muka sesiapapun. Jika ada individu merasakan dirinya mengalami trauma dengan tulisan ini atau jatuh sakit kerana tulisan ini, pakcik minta maaf awal-awal keran ia bukan tujuan pakcik sebenarnya, ini sekadar analisis dan pakcik hanya testing-testing untuk mempraktikan pemikiran kritis (critical thinking) yang pakcik pelajari semasa di universiti dahulu. Dalam kata lain ini adalah menguji sejauh mana pakcik dapat menggunakan otak sebelah kanan pakcik dan ia tidak ada kena mengena dengan kehidupan kalian yang tersentuh dan disentuh.

Itu ucapan penafian dan di dalam bahasa omputihnya, Disclaimer. Oleh itu jangan saman pakcik kerana, jika saman pun, pakcik hanya bankrap tetapi kalian tak dapat apa. pakcik orang miskin aje.

****

Ibarat soba yang dimakan oleh orang-orang Jepun dari malam tahun baru hingga ke tahun baru sebagai tanda kesinambungan umur dan kemakmuran tahun sebelumnya disambung ke tahun berikutnya telah berlaku di Malaysia. Rasanya begitu hebat isu politik negara kita dan ia bertali arus dengan deras. Tidak sampai sehari, kisah video lucah oleh pemimpin dan juga Menteri Kabinet heboh diperkataan hujung tahun lalu, seawal 1 Januari 2008, pengakuan Menteri terbabit disiarkan.

Menteri terbabit (Dato Chua Soi Lek) dalam pengakuannya menyatakan dia adalah lelaki yang berada di dalam video tersebut. Isterinya telah memaafkannya dan di juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada pimpinan teringgi negara. Walau bagaimanapun dia tidak mahu melepaskan jawatannya walau sedikitpun. Pada ketika itu sudah pasti seluruh rakyat menghambur cercaan kepada lelaki itu dan menanti riaksi orang tertinggi negara. Ini kerana teras yang dibawa pimpinan terkini melalui Islam Hadharinya begitu teguh pada 10 prinsispnya dan di dalam kes ini sudah tentu prinsip ketujuh iaitu Keutuhan Budaya dan Moral menjadi cabaran terhebat.

Pada 2 Januari 2008, Menteri berkenaan telah memaklumkan perletakan semua jawatannya. Ini ditelah mungkin kerana desakan Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya.

You look all set to lose some of your belongings this year including your mobile phone, wallet or keys. Forewarned is forearmed. While you may not be able to avoid all the bad luck that looks set to come your way, you should take steps to minimize the loss by carrying minimal amount of money in your wallet, keeping a spare set of keys in a safe place and making a duplicate set of phone numbers.

Berdasarkan tarikh lahir beliau, astrologi cina menafsirkan bahawa orang-orang dari kalangan Tahun BABI seperti Menteri terbabit, akan menerima nasib sepeti dinyatakan di atas. Pun begitu ada perkara manis yang diramalkan cuma perkara tidak baik dan tidak manis menjengah Pak Menteri ini terlebih dahulu. Pada tahun 2008 juga merupakan tahun Tikus iaitu tahun pertama dalam kalendar Cina. Tikus mengikut sejarahnya haiwan yang memenangi perlumbaan melalui penipuan dan atas sebab itu dia menjadi tahun pertama dalam kalender Cina.

Apa relevennya tahun Tikus dan tahun 2008? Tahun tikus adalah tahun pertama dan 2008 pula adalah tahun yang mengandungi nombor bertuah orang-orang Cina iaitu angka 8. Tahun yang dijangkakan ‘Ong’ ini adalah gabungan nombor 1 dan 8 yang memberikan tafsiran positif paling bermakna. Adakah ini masanya? Masa apa? Masa untuk menempah kejayaan bagi orang-orang Cina? HE bukan rasis tetapi ini adalah sekadar percambahan pemikiran. Kita sama-sama fikirkan bagaimana strategi bermain dalam kepala orang lain berdasarkan apa yang kita faham tentang perkara-perkara sekeliling. Kita lihat bagaimana pada tahun 1988 apabila UMNO diharamkan, dan pada tahun itu adalah tahun Naga iaitu haiwan yang dikatakan membawa tuah dan disesuaikan dengan 2 angka lapan pada tahun 1988. Tahun yang dikategorikan ‘ong’ juga. Jadi adakah tahun 2008 ini menjadi sesuatu yang ‘ong’ juga pada mereka? Bagi rakyat China, pemilihan mereka sebagai tuan rumah Olimpik 2008 sesuatu yang sangat bermakna, malah dalam beberapa telahan dan tafsiran tahun 2008, Olimpik Beijing adalah paling gemilang yang akan diadakan. Jika kita lihat tarikh upacara pembukaan rasmi sukan ini pun terlihat begitu jelas keprcayaan mereka akan nombor lapan ini. Tarikh upacara pembukaan sukan olimpik musim panas dijadualkan pada 8 Ogos 2008 atau 0.8.08.

Ada beberapa pandangan mengatakan bahawa cubaan-cubaan menggugat kestabilan Barisan Nasional akan lebih kerap dilakukan pada ketika ini kerana Pilihanraya akan dilakukan tidak lama lagi. Penurut analisis beberapa individu, pilihanraya mungkin diadakan sebelum bulan April kerana pada waktu itu, Anwar Ibrahim masih belum layak bertanding. Jadi beberapa teori wujud tentang apa yang berlaku kepada senario politik sekarang. kalian tentu tahu apa itu Teori Konspirasi. Jika tidak tahu, ini adalah sebahagian daripada tafsirannya:

A conspiracy theory usually attributes the ultimate cause of an event or chain of events (usually political, social, pop cultural or historical events), or the concealment of such causes from public knowledge, to a secret, and often deceptive plot by a cabal of powerful or influential people or organizations. Many conspiracy theories imply that major events in history have been dominated by conspirators who manipulate political happenings from behind the scenes.

Rata-rata bijak pandai tentang teori konspirasi ini adalah kalangan Yahudi. Maka tidak hairan jika kedudukan peristiwa dunia ini kebanyakannya memihak kepada mereka. Asalnya mereka ini adalah keluarga-keluarga yang teraniaya akibat perang seperti Yahudi di Jerman dan Poland. Mereka ini menkaji tentang konpirasi dan seterusnya diserap dalam perancana hebat di dalam CIA. Berbalik kepada teori Konspirasi yang dikatakan bermain di dalam arena politk Malaysia, kita hanya mendengar perkataan ini semasa Anwar Ibrahim dilcutkan jawatannya sebagai Timbalan perdana Menteri pada tahun 1998. Sebelum itu kita memang tidak pernah mendengar tentangnya. Benarkah ada teori ini wujud dan benarkan ada konspirasi wujud dalam kes-kes gegaran dan gempa dalam politik Mlaysia sekarang. Mungkin juga ada kebenarannya.

Kita menjangkakan pilihanraya bakal diadakan sebelum April tetapi ada sesetangah pihak mahu pilihanraya mahu dilakukan selepas April, jadi sudah tentu ada perancangan dilakukan agar pihak pemerintah lebih kucar kacir dan menangguhkan pilihanraya selepas April agar Barisan Nasional atau UMNO atau MCA dan MIc reda dengan isu politik dalaman masing-masing dan ini memberi keselesaan kepada pengundi untuk memilih BN. Tambahan pula pada masa ini kedudukan Perdana Menteri tidak berapa digemari akibat beliau ternampak tidak begtu ‘menawan’ di mata rakyat berbanding semasa pilihanraya 1999.

Kejadian seperti DVD lucah Chua Soi Lek mungkin sebahagian daripada rencana sekumpulan manusia? Kita mungkin beranggapan Chua ada ‘hobi’ tersendiri tetapi kita juga perlu memikirkan mungkin juga terperangkap dengan hobinya itu atau dimemang diperangkap oleh kejadian itu. Adakah dia memang dipilih untuk melakukannya? Atau terpilih? atau Terpkasa menjadi korban perancangan? Banyak soalan yang bermain dalam kotak fikiran kita jika kita melihat pelbagai sudut.

Dari pelbagai soalan di atas, ada beberapa teori mungkin menjadi telahan HE tentang kemungkinan yang berlaku. Pertamanya, Chua dijadikan sebagai alat untuk memburukkan kerajaan supaya Perdana Menteri terpaksa membuat pilihan sama-ada mahu mengekalkan orang yang mempunyai moral rendah di dalam kabinet dan mendapat kebencian orang Melayu atau membuang Chua dari kabinet dan mengurangkan undi orang Cina. Chua juga mungkin permainan MCA untuk menggegarkan Barisan Nasional agar sekurang-kurangnya menggegarkan UMNO. Justeru itu mereka boleh bekerjasama dengan erat dengan pengegar barisan nasional seperti Garakan.

Tetapi yang jelas pada HE adalah cubaan untuk melambatkan pilihanraya dengan mewujudkan kekacauan didalam senario politik negara dan sekaligus mencipta satu bentuk ruang kepada individu tertentu meloloskan diri dalam pertandingan kali ini sebagai satu tempat mengembalikan reputasi lama yang sudah tercalar. Ini adalah pilihan mereka. Mujur juga Chua tidak mengambil jalan yang sama untuk keluar daripada MCA dan mencipta jalan baru. Dan bertanding dengan tiket parti baru.

Dunia mengatakan bahawa kejatuhan Soviet dan wujudnya kuasa unipolar Amerika merupakan satu konspirasi, UFO dan makhluk asing, Kejadian 11 September, Pergolakan Asia barat dan Asia Selatan serta Pendaratan Manusia di Bulan juga merupakan konspirasi yang akhirnya menjadi sejarah dunia setelah direncana oleh orang-orang tertentu. Adakah sejarah negara kita juga akan wujud hasil dari konspirasi yang dirancang oleh individu-individu tertentu? Ini semua adalah konsep konspirasi, iaitu mewujudkan pilihan-pilihan tertentu dan kebarangkalian tertentu untuk menghasilkan kesan terhadap sesuatu peristiwa. Pada pada ketika itu, di antara kita terpaksa membuat pilihan yang tepat untuk kebaikan semua. Tiada istilah ‘tiada pilihan’.

Di Amerika, kini sedang membuat pilihan. Kalangan PArti Democratic, percaturan memilih tiga orang persona sedang berjalan untuk bertanding kerusi panas dunia iaitu Presiden Amerika. Jelasnya kali ini pilihan masih tetap dibuat dan orang Amerika cuba mencipta hala baru dengan memilih Obama yang merupakan orang kulit hitam pertama yang mempunyai peluang menjawat jawatan itu. Malah dia juga ‘berasal’ dari keluarga yang beragama Islam (HE tidak pasti statusnya sekarang). Apa juga keadaannya, manusia tetap pempunyai pilihan dan pilihan itu adalah hak kita. kita kita telah membuat pilihan dan kita perlu bertanggungjawab ke atasnya. Sebagaimana Chua, jika pilihan yang buatnya itu menuruti konspirasi, maka dia akan menjadi mangsa konspirasi, jika pilihannya melawan konspirasi, sudah tentu dia bukan mangsa perancangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Sekali lagi HE percaya HIDUP INI TIADA ISTILAH ‘TIADA PILIHAN’.

soba: sejenis mi Jepun yang diperbuat daripada gandum berwarna kelabu.

Advertisements

One thought on “>Chua: Pilihan dan Konspirasi

  1. >dia mengaku terpujitapi dia tak nak letak jawatan hmmmmmasa nak letak jawatan dia ngan sarcasticnya mengomen comm. malaysia hmmmmmmmtapi kan aku nih agak buta politik duniatapi ada ke ahli politik dunia yg kekal di kerusi lepas scandal politikeven clinton htr bini masuk bertanding

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s