>Tahniah III

>Tahniah kepada diriku kerana memenangi anugerah ini. Lihatlah dunia. Ye, ini ialah antara beberapa perkara keji yang HE lakukan untuk tahun ini selain daripada mencalonkan diri sendiri untuk memasuki perlumbaan anugerah di dalam Gathering Geng Jurnal 2007. Tahun lepas pun HE buat perkara yang sama. Jadi tahun ini dikira double keji. Ha Ha Ha.

OK serius!

Bayangkan ini adalah pentas ala Academy Awards  atau Grammy Awards dandiatasnya ada layar besar tertulis LIVE dari Chiba, Jepun. (terima kasih rudy ambilkan hadiah ini). Ada muka HE di situ.

Lihatlah dunia. (sambil menjulang plak). Terima kasih kepada juri yang memilih saya sebagi pemenang pada tahun ini. pengundi-pengundi saya. Ibu bapa saya yang mendidik saya sehingga menjadi begini. isteri yang mendorong saya menjadi penulis blog. Rakan-rakan yang sering memberi sumbang saran.

Setelah memenangi kategori yang sama pada tahun lepas, saya tidak menyangka akan memenanginya tahun ini. Memandangkan saya dah menang banyak kali, apa kata saya buat rekod macam siti nurhaliza. Saya selalu menulis untuk meleraikan rasa hati. Seperti entri tahun lepas yang saya menangi kerana saya tidak mampu membalas hujah saya kepada bos saya (tentang Boikot barang Yahudi atau tidak), jadi blog adalah tempatnya. Pada tahun ini, rasa geram saya terhadap pengangkutan negara yang telah saya bisingkan sejak lama, tidak juga direalisasikan sehinggalah duit lebihan 10 juta yang diuar uarkan sehingga kini, masih tiada nampak progressnya.

Walau apa jua, hadiah ini , membakar semangat saya untuk terus bersuara melalui  papan kekunci buruk di rumah saya itu. Terima kasih semua.

Keputusan penuh seperti di bawah:

Entri Blog Terbaik – Kategori Intelektual
Hairi Yusof – Kisah Pengangkutan
https://hairieusoff.wordpress.com/2007/10/24/pengangkutran/

Entri Blog Terbaik – Kategori Emotional
Jowo Pinter – Satu Hari di Hari Raya II
http://jowopinter.blogspot.com/2007/10/cerita-satu-hari-di-hari-raya-ii.html

Entri Blog Terbaik – Kategori Humor
Dugung Senyum a.k.a Basri MD
http://dugongsenyum.blogspot.com/2007/06/anak-lelaki-saya-kerja-kilang-roti.html

Projek Dalam Forum Terbaik
Lumba Kata – OP

Projek Luar Forum Terbaik
Maskara – Sindiket SolJah.

Blog Baru Terbaik
Studio Inspirasi
http://studioinspirasi.madani-media.com

Blog Paling Kreatif
Sinaganaga
http://sinaganaga.blogspot.com

Blog Terhebat dan Terbaik
Saharil
http://www.saharil.com

Anugerah Khas Juri
Amyz

Advertisements

5 thoughts on “>Tahniah III

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s