>Selamat Hari Jadi Adia

>Selamat Hari Jadi Adia Zara. Sudah 3 tahun anak HE ini. Sudah besar rupanya. Dalam membesarkan anak, kita tidak sedar, umur kita juga semakin membesar. Dalam masa yang sama betapa indahnya melihat anak mengalami proses pembesaran iaitu bagaimana mereka mula bercakap, bagaimana mereka cuba mengacah kita dan bagaimana mereka cuba memberi alasan. Semua ini adalah proses pembelajaran baik anak mahupu ibubapa.

Making Cake with Adia, originally uploaded by hairieusoff.

 

Masih berlegar-legar difikiran bahawa tiga tahun lalu isteri HE menyatakan dia tidak merasakan sakit tetapi darah sudah tumpah. Hati berdebar, apa perlu dilakukan. Maklum saja, pengalaman pertama. Tidak mengapa, kita tunggu esok untuk pergi ke hospital. Esok harinya, selepas ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, isteri ditahan di hospital. Sebaik sahaja ditahan, isteri memaklumkan bahawa sudah 2 inci terbuka. HE pulang semula ke rumah dan bersiap sedia untuk apa yang akan berlaku. Jam 4 HE kembali semula ke Hospital dan katanya sudah 4 inci terbuka dan air ketuban sudah dipecahkan oleh doktor.

Adia w Cake, originally uploaded by hairieusoff.

 

Isteri sudah berada di bilik bedah jam 3 lagi. Sementara menunggukan anak lahir, di bilik itu penuh dengan pelbagai ragam. Kami di datangi jururawat, kadangkala pelajar dan pelatih yang bakal menjadi doktor. Kemudiannya doktor memberikan pemeriksaan, sangka HE, sudah tiba masanya tetapi katanya “Kita tunggu dia buka 10 inci”. Lamanya rasa ketika itu. Isteri pula kata tidak sakit, jantung anak pula tiba-tiba akat seperti tidak kedengaran. Pemeriksaan dilakukan sekali lagi. Alhamdulillah, jelas kedengaran bila ada benda seolah mikrofon diletakkan untuk membunyikan jantung anak HE ketika itu dan dalam masa yang sama, air dimasukkan ke dalam badan isteri . Kala itu secara perlahan-lahan isteri mula merasa sakit. Jururawat yang bertugas mengatakan jangan teran anak kerana dikhutiri lemas.

Cake and Curry Noodle, originally uploaded by hairieusoff.

 

Kira-kira jam 9.30, keadaan semakin sarat, isteri sudah mula meraung-raung kesakitan. Di bilik sebelahjuga bunyinya makin kuat sejak awal tadi. kata jururawat, orang sebelah lebih lama lagi ditahan di biliknya. Ada komplikasi katanya. HE tambah risau. Kata doktor, isteri akhirnya sudah terbuka 10 inci dan masa yang sangat sesuai untuk melahirkan bayi. Dalam masa yang sama, dengupan jantung anak begitu cepat. HE yang rasa risau ditenangkan doktor, katanya degupan bayi sememangnya begitu. Isteri disuruh teran dan dalam masa yang sama, HE diminta untuk mengekalkan kedudukan kaki isteri dan kepalanya tidak mendongak. Perlahan-lahan kepala anak kelihatan keluar dan jam 10.07 minit malam 28 Disember 2004. Seorang bayi perempuan dilahirkan. Melihatkan keperitan isteri melahirkan bayi, mengingatkan HE betapa sukarnya emak HE melahirkan HE. Lantas segera HE keluar untuk berjumpa mereka yang sedari jauh datang terus ke hospital untuk melihat cucu pertama mereka. Merasakan kegembiran ini, memberikan HE perasaan yang mungkin sama dengan bapa HE suatu ketika dahulu apabila memperolehi anak lelaki ini.

Peace Adia, originally uploaded by hairieusoff.

 

Kini, tiga tahun selepasnya, anak perempuan yang bernama Adia Zara ini sudah 3 tahun umurnya. Hari ini. tanpa dia minta dan mengetahui apa-apa, HE lakukan sambutan hari jadi dengannya. Bukan secara besar-besaran, sekadar makan bersama untuk mengeratkan ikatan. Sedang dia masih tidak mengerti apa-apa, sebuah kek yang dibuat sendiri memberikan suatu waktu yang bahagia bagi dirinya dan kami sekluarga.

 

Advertisements

8 thoughts on “>Selamat Hari Jadi Adia

  1. >Aku membaca post ni sambil menelan liur teringat masa tunggu bini aku nak lahirkan hannan dulu. Bilik2 tepi, depan belakang sumer dah abis meraung. Gerun n kesian gak mendengarnya. Sayangilah bini anda. Hehe.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s