>Musim Sejuk dan kenangan Hogwarts dan Sekolahku

>Kini sudah bermula cuti musim sejuk. Kerja sekolah yang diberikan guru juga banyak tapi masih awal untuk dilakukan (jangan tiru aksi ini). Permulaan cuti ini HE mulakan dengan melakukan marathon filem Harry Potter yang sudah pasti kalian tahu kisahnya. Kisah seorang budak yang mengatahui keluarganya merupakan ahli sihir dan ditempatkan di sekolah berasrama sihir bernama Hogwarts.

Buat masa kini, penulis novel ini, J.K Rowling telah memutuskan bahawa siri novel Harry Potter sudah pun selesai iaitu sehingga edisi ketujuh yang diterbitkan November lepas. Walau bagaimanapun sehingga kini, baru 5 buah filem rantaian ini dikeluarkan oleh pihak Warner Bros.


Hogwarts di dalam Filem Harry Potter

Menonton filem ini ibarat mengingatkan zaman persekolahan HE. Sudah tentu sekolah asrama. Memandangkan sebahagian kehidupan HE agak sama dengan rentak sekolah-sekolah asrama Inggeris maka ada beberapa perkara ada sedikit persaman dengan kisah Harry Potter. Mungkin kebanyakan lepasan sekolah berasrama penuh tahu tentang high table. High Table merupakan meja utama di dalam dewan makan di mana tempat makan untuk pengawas atau tetamu kehormat yang mana lantainya sedikit di tinggikan untuk menunjukkan keistimewaan makan di situ. Di dalam Harry Potter, High Table adalah tempat makan guru dan di mana majlis-majlis utama dilakukan dan tetamu makan di situ. Semasa di High Table perlu memakai pakaian istimewa seperti berbaju Melayu lengkap dan makanan yang disediakan lebih istiewa daripadaa rakan-rakan lain yang makan di”bawah”. Selain berbaju kemas, adalah mesti untuk makan menggunakan etiket makan menggunakan sudu garfu. Pada HE ini, satu latihan yang sihat dan bukan bererti kita meniru budaya asing sebaliknya ia lebih kepada disiplin bila berada di majlis orang dan menghormati orang lain ketika makan. Kadang kala kita mungkin tidak perihatin, kerana waktu makan adalah waktu yang paling sesuai untuk kita menjadi disiplin. selain dari itu ia akan menwujudkan rasa mesra apabila makan bersama. Bercakap soal disiplin, HE teringat juga rasa malu untuk makan banyak bila di high table kerana ada cikgu bertugas di high table, maka makan di high table adalah “makan yang tidak berlebihan” atau tidak bataque.

Imam Ahmad, At-Tirmidzi dan lainnya meriwayatkan dari Rasulullah saw. bahwa beliau bersabda: “Tidak ada suatu tempat hunian anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap saja, sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika terpaksa ia harus berbuat, maka hendaknya sepertiga diisi untuk makanannya dan sepertiga didiisi untuk minumannya, serta sepertiga lagi diisi untuk nafasnya.”

Kembali kepada kehidupan di asrama, ada suatu perkara yang selalu HE ingat adalah bagaimana setiap dari kita akan diberikan ‘rumah’ untuk diwakili. kalau di dalam Harry Potter ada empat buah rumah iaitu Hufflepuff, Slytherin, Ravenclaw dan Gryffindor. Masing-masing ada pengasasnya atau orang yang dijadikan rujukan nama bagi rumah tersebut contohnya, Gryffindor diasakan oleh Godric Gryffindor maka rumah dinamakan daripada pengasasnya. Sama seperti sekolah HE, ada empat rumah utama iaitu, Ahmad, Idris, Mohd. Shah dan Sulaiman. Nama-nama tersebut adalah diambil daripada 4 Sultan negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu masing-masing dari Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Kewujudan rumah ini mewujudkan rasa kekitaan tetapi ada juga yang megatakan ia sebagai mewujudkan Assabiyah atau berpuak-puak. Mari kita melihat sudut yang positif dimana dengan adanya konsep rumah ini, kita lebih bertanggungjawab kepada masyarakat kita. Ini adalah latihan menidakkan diri kita daripada melakukan perkara tidak baik demi komuniti. Ini kerana setiap yang kita lakukan akan mengakibatkan kesan kepada nama rumah. Sebagai contoh jika kita melakukan kesalahan, nama rumah kita juga akan diangkat untuk pengetahuan umum. Dan sekiranya perkara yang baik dilakukan, ia juga akan dimaklumkan kepada umu. Sebagai contoh, jika kita melakukan kejayaan pada sukan tahunan, bukan sahaja nama kita tetapi nama rumah juga diumumkan dan markah akan diberikan kepada rumah untuk penentuan kejuaraan keseluruahn. Malah apa ga aktiviti seperti mewakili sekolah dan sebagainya akan memberikan markah kepada rumah.


BigSchool (Overfloor) Sekolahku
Sesuatu yang mengingatkan HE tentang Sekolah HE dan persamaannya dengan Hogwarts ialah kaedah kami pulang ke kampung yang menggunakan keretapi dari stesyen Kuala Kangsar. Masih teringat oleh HE apabila cuti penggal, kami diberikan tiket pulang ke kampung dan pada masa itu kami menaiki koc khas yang tertera nama sekolah kami. malah, masih teringat HE akan keberangkatan Yang di Pertuan Agong ke-10, Tuanku Jaafar ke sekolah HE, baginda mahu mengimbas kembali kenangan lamanya di sana dengan pulang menaiki keretapi khas.

Satu perkataan yang mengingatkan HE tentang sekolah adalah “Out OF Bound” iaitu had yang tidak dibenarkan oleh pelajar melepasinya. Jika hendak keluar ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar, ada had tertentu. Sudah tentu stesyen keretapi bukan tempatnya. Bukit Chandan juga adalah larangan. Sama seperti harry Potter di Hogwarts yang menghalang pelajar melepasi Forbbiden Forest dan Shrieking Shack dan beberapa tempat lain.

Menonton Harry Potter dalam kesejukan hari-hari cuti di sini, ibarat menonton semula sejarah di zaman persekolahan. Ia banyak mengajar diri sehingga kini. Yang baik tentulah menjadi teladan dan yang buruk, adalah sempadan yang harus dijauhi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s