>Selamat Hari Raya AidilAdha

>Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua. Hari untuk kita menilai pengorbanan yang telah dan akan lakukan untuk orang lain dan agama.

Old n New, originally uploaded by hairieusoff.

Wajah akhir musim luruh di Rikugien

Hari ini, sebahagian rakan-rakan beria-ia meminta orang kedutaan untuk memberikan surat pelepasan kepada sekolah Bahasa Jepun di sini untuk mendapatkan cuti sempena AidilAdha. Ada beberapa kalangan kami sudah sedia maklum bahawa, sekolah ini, walau apa juga yang datang, tidak akan sekali-kali melepaskan pelajar untuk bercuti, sekiranya tidak hadir, tetap ditandakan ‘pangkah’. Ada suara-suara ironis menyatakan ‘surat Yang Di Pertuan Agong’ sekalipun, sensei (guru) tidak akan membenarkan cuti kepada kami.

Malah, pada suatu ketika dahulu, apabila Perdana Menteri datang ke Jepun untuk menerima Ijazah Kedoktoran daripada Universiti Meiji dan pihak Kedutaan memberikan surat kelepasan kepada kami, apabila kami pergi ke Majlis tersebut dan setelah selesai, kami ke sekolah semula, kehadiran kami tetap dikira sebagai tidak hadir. Kibishi sungguh guru-guru di Jepun?

Nippon Tei, originally uploaded by hairieusoff.

Selamat tinggal Musim luruh

Jadi, esok HE tetap akan pergi solat sunat AidilAdha yang akan diadakan seawal jam 7 pagi dan seterusnya ke sekolah juga agar tidak terlepas mata pelajaran yang akan diajar di sekolah dan menidakkan kehadiran ditanda dengan ‘pangkah‘. Itu juga satu pengorbanan. Kita bukan tinggal di Malaysia, jika di Malaysia kita bekemampuan untuk bercuti kerana ini adalah perayaan besar kita dan memang merupakan kelepasan am tetapi di sini adalah langit yang lain. Bak kata orang Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Mulai lima hari yang lalu, Tokyo sudah mula mengekalkan suhu di bawah 10 darjah celcius maka dengan rasminya di serata televisyen menyatakan Tokyo sudah 冬入日(ふゆいりひ)-fuyuirihi. Maka dengan kesejukan yang semakin hebat ini, pemergian ke sekolah semakin hari semakin gaman. Ini perlukan kekuatan fizikal dan mental.

Ini adalah pengorbanan. Ingat, ini adalah pengorbanan.

Benak HE berkata-kata

Nota:

Sensei : Guru atau cikgu
Kibishi: Tegas、tidak berperasaan, tegar, keras (sikap)
Fuyuirihi: Masuk hari musim sejuk
Gaman: Kesabaran

Advertisements

3 thoughts on “>Selamat Hari Raya AidilAdha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s