>Adakah aku mampu melapangkan masa untuk sekelumit ilmu tuhan

>Semelam bekesempatan menghadiri majlis ilmu. Alhamdulillah Allah  bukakan ruang untuk HE melapangkan diri walaupun pada minggu persekolahan yang semakin sibuk. Seperti biasa majlis seperti ini membicarakan tentang keteguhan memelihara solat, selain itu tatatertib kehidupan berkaitan dengan AidilAdha yang kian menjelma. Selain itu ada juga sesi makan-makan kerana Penghulu di kawasan ini mendapat chaya mata barunya, jadi disediakan pulut kuning dan juadah untuk meraikan kehadiran orang barunya. Semasa sesi makan-makan;

Sejuk sekarangkan?

Tanya seorang sahabat yang mengahdiri majlis ilmu itu.

macam mana datang ke sini?

Tanyanya sekali lagi kerana rumah HE dan tempat majlis agak jauh.

orang bawakkan naik kereta, penghulu yang bawak.

Jawab HE dengan pantasnya. Kerana sbelum ini dia pernah ajak tetapi HE menolak atas alasan banyak kerja rumah perlu disiapkan untuk esok.

Ingatkan naik basikal, tak naik basikal?

Sahabat itu menjawab lagi.

Tak, sejuk sangat, tak berdaya nak datang sejuk-sejuk macam ini.

Selesai makan HE pulang ke rumah dan dihantar semula oleh penghulu kawasan Green Heights iaitu penempatan tempat yang ada majlis ilmu itu, HE duduk di penempatan bernama Shesowa. Semasa dalam perjalanan pulang, HE terfikir,

Adakah cuaca menjadi halangan manusia zaman dahulu untuk mendapatkan ilmu? Adakah rintangan sebegini kecil menyebabkan kita menidakkan kemampuan kita ke majlis seperti ini? AH! aku memang manusia yang selalu mencari sebab untuk hanya memenuhi kesenangan diri.

Advertisements

5 thoughts on “>Adakah aku mampu melapangkan masa untuk sekelumit ilmu tuhan

  1. >salam,benar, kesejukan membuatkan segala sendi jadi beku. mohon untuk beradu. tetapi, yang penting pada waktu itu adalah kecekalan hati untuk mengagahkan diri menempuhi kedinginan yang membeku.:)

  2. >kalau terfikir soal sejuk naik basikal di musim ini, mungkin boleh kenangkan pengisi program yang datang dari jauh dengan menaiki keretapi dan berbasikal (dari eki ke rumah) tetapi masih mahu berkongsi sedikit ilmu agar dapat dimanfaatkan bersama… wallahualam…akachan no koto, omedetou! ii desune… semoga ibu dan baby dalam lindungan Allah selalu. insya Allah nanti saya akan cuba kirimkan zikir/doa khusus untuk ibu mengandung (melalui pak ustaz pada sesi majlis ilmu seterusnya. maaf, tak ada soft copy)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s