>Siti Nurhaliza – Hadiah Daripada Hati (HDH)

>Lebih kurang dua minggu lepas, melayan laman web HMV sekali lagi untuk mencari kaya-karya baru. Sempat pula melihat artis-artis Malaysia seperti Siti Nurhaliza dan katanya akan mengeluarkan album S.N. House Mix. Hebat juga kata benak HE. Sejak berkahwin sudah mengeluarkan album remix sedemikan. Setahu HE semasa HE bujang dan ketika itu Siti juga bujang dan sedang sibuk dengan kerjanya sebagai penyanyi dan bukannya isteri, ada juga gatal tangan menghantar mesej dan cadangan kepada Siti Nurhaliza agar buat la satu kompilasi lagu-lagunya dan diremixkan. Kerana pada pandangan HE pada masa itu belum banyak lagi album sedemikan rupa, sebaliknya syarikat rakaman Siti ketika itu mengeluarkan album kompilasi intrumental lagu siti dengan bunyian seperti music box. Maka album itu dinamakan melodi kristal.


ihsan

Bercerita tentang Siti Nurhaliza, mengimbau sejarah bagaimana HE boleh terpaut dengan lagu-lagu Siti Nurhaliza. Terus terang dinyatakan di sini, HE tidak pernah menonton Pertandingan Bintang HMI yang disertai Siti. Kesempatan menonton pertandingan itupun hanya diperolehi dari Youtube. Dulu mana sempat hendak menonton TV kerana dunia hanya pada programing C, siang malam skrin biru dan baris-baris bahasa C yang memeningkan kepala.

Sebaliknya, menjadi satu kesempatan apabila pulang ke kampung semasa cuti dan rasanya rancangan HMI (sudah tentu terbitan RTM) yang ditonton ketika itu menampilkan seorang penyanyi yang entah mana datangnya dengan gincu dan baju serba merah menyala. Hati terdetik ketika itu, siapa pula minah kampung ini (minta maaf Siti Nurhaliza – Ini Suara Daripada Hati, Bukan Hadiah Daripada Hati :p). Tak mengapa kita tengok sahaja apa yang ada. Rasanya ketika itu Siti menyanyikan lagu Mahligai Asmara. Ah! Kata HE ini bukan calang-calang penyanyi. HE memang cepat terpengaruh kepada seorang penyanyi hanya kerana suara sahaja. Ini bukan bohongan. Ini realitinya seorang HE yang dia mendengar lagu hanya kerana suara penyanyinya dan lagunya. Lain-lain AKU PEDULI APA!.

Bermula dari situ, sudah menjadi rezeki, HE dapat membuat pra dengar semasa balik semula ke Universiti. Ada sahabat memang suka menghabiskan duit biasiswa dengan membeli kaset (minta maaf kepada yang terlibat!). Oh Siti Nurhaliza namanya. Tertera pada kulit kasetnya. Aduhai, apa punya cover album ini tetapi tidak mengapa,kata orang Jangan menilai buku pada kulitnya. Don’t judge the book by its cover. Maka dengarlah HE satu persatu setiap runut yang ada. Tidak pernah tersangka HE ada juga penyanyi sebegini di Malaysia. Sebelum itu memang jeritan Ziana Zain aling gah melingkari sempadan negra kita tetapi HE berpandangan ini mampu menyayinginya. Oleh kerana berpuas hati dengan suara dan lagunya, HE sanggup segera membeli Cakera Padatnya. Pada masa itu dikeluarkan edisi cakera emas dan tanpa berfikir dua kali, HE membelinya. Seterunya, setiap satu CDnya HE beli, orang kata HE peminat berani mati. Hendak kata apa sahaja tetapi HE memang tidak hiraukan personalitinya walapun pada asalnya HE kata “minah kampung’ mana budak ini. Tapi itu masing-masing punya hal. Sejak itu, HE pernah menghadiri konsert Siti, dengan rakan, dengan isteri pun pernah. (hehehe dalam VCD adalah HE bagi Komen – VCD Konsert mana, himitsu desu – biarlah rahsia).

Itu kisahnya bagaimana CD Siti Nurhaliza menjadi simpanan HE dan Hadiah Daripada Hati memang belum berkesempatan untuk membelinya. Tetapi HE sudah dapat mendengarnya. Bagaimana? Inikan zaman informasi. Namun itu bukan alasan untuk kita menidakkan perolehan CD ini. Maka seterusnya HE hendak bagi komentar peribadi yang tidak profesional ini. Kalau kalian nak baca, silakan. Jika rasa macam eh! meraban la pakcik sorang ni. ghentikan baca.

Senarai runut yang ada di dalam Hadiah Dari hati – Siti Nurhaliza.

  1. Ku Mahu (Audi Mok / Rina Khan)
  2. Melawan Kesepian (Pongky Barata)
  3. Mulanya Cinta (Dick Lee / Adlin Aman Ramly)
  4. Tanpa Kalian (Taufik / Taufik / Dato Siti Nurhaliza)
  5. Biarkan (Azlan Abu Hassan / Azalea)
  6. Kerana Dirimu (Cynthia Lamusu)
  7. Hati (Sharon Paul / Shuhaimi Baba)
  8. Wanita (Muhamad Fahmi / Shanty Ramadani / Dato Siti Nurhaliza)
  9. Cintamu (Sharon Paul / Fedtri Yahya)
  10. Sutramaya (Aubrey Suwito / Tinta S)
  11. Sekian Lama (Azlan Abu Hassan / Azalea)

Pertama sekali apabila mendengar irama ala latin dan carribean lagu runut bunyi drama Spa Q iaitu Ku Mahu, HE skip track dan mendengar semua permulaan lagu sahaja. Ya intro sahaja. Ah! Mungkin pada permulaan hati mengatakan, ini bukan tipikal Siti Nurhaliza. Malah perubahan yang dibuat pada Transkripsi sebelum ini juga sangat berbeza dan tiada di dalam HDH. Inilah yang dinamakan kematangan. Album ini boleh disimpulkan sebagai buah tangan yang bersesuaian dengan usia Siti Nurhaliza yang sudah 11 tahun di dalam industri ini.

Album ini tampak suara Siti Nurhaliza lebih beristirehat, dalam bahasa mudah lebih relax walaupun ada sebahagian runut yang boleh dikatakan cabaran juga dari segi kawalan pernafasan seperti Lagu Ku Mahu yang mengucapkan bait-bait dengan rentak (beat) pantas. Jika CD sebelum-sebelum ini, cabaran suara Siti pada nada tinggi dan pelbagai usaha yang dilakukannya untuk mengapai semua rintangan yang dicadangkan oleh penerbit lagu tetapi kali ini di dalam HDH pula mencabar diri sendiri pada nota rendah pada kunci-kunci tertentu. Mungkin dahulu darah muda dan agak agresif, jadi semua cabaran mahu disahut. Namun cabaran seperti HDH lebih menyenangkan telinga mendengar. Cuba dengarkannya.

Pilihan lagu sudah jelas kelihatan lebih kepada balada dan paling ketara susunan lagunya lebih banyak gitar akustik / string dan piano tentunya menjadi kegemaran HE. HE rasa album sebelum ini berjudul Safa cuba membuat tindakkan yang sama tetapi kurang kuat susunannya mungkin lebih kepada pemprograman secara papan kunci daripada secara langsung. Beberapa lagu seperti Sekian Lama, Cintamu, Wanita dan Hati tergolong dalam susunan seperti yang HE katakan di atas. Selain daripada itu, beberapa lagu menonjolkan begitu jelas elemen pop rock.

Walaupun tidak mengetahui apa yang tersirat di dalam hati seorang bernama Siti Nurhaliza dan memang HE pun tidak mahu tahu tentangnya, suka juga HE melihat lirik dan bait-bait kata di dalam setiap lagu yang dikatakan hadiah dari hati insan Siti Nurhaliza ini. Nampaknya lagu seperti Wanita dan Biarkan mungkin cuba bercerita tentang dirinya ketika ini. HE suka katanya “Biarkan, cemburu berkubur, asalkan tak cemari hidupku” Dalam kata lain, Pergi ma*p*s, orang nak kata apa, janji aku senang.

Ikhlasnya, HE sukakan lagu-lagu seperti Melawan Kesepian (lagu asal oleh Jakustik), Mulanya Cinta, Sekian Lama dan Kerana Dirimu yang kebanyakanya balada untuk pilihan rancak apa kata berkongsi kegemaran HE seperti Ku Mahu dan Biarkan. Selamat Mendengarkannya kepada yang sudah membeli. HE menunggu HMV mengimport CD ini ke Jepun.

8 thoughts on “>Siti Nurhaliza – Hadiah Daripada Hati (HDH)

  1. >Kawe dah beli album ni on last Tuesday! Org pertama agaknya, sebab distributor masih ada kat kedai (HorizonMusic@CentralMarket) masa Kawe beli CD tu, masih panas lagi! Seblun itu Kawe ada pergi carik kedai lain, katanya paling lewatpun hari Rabu atau Khamis baru ada. Heheheh.. begitulah kalu dikatakan fanatic!

  2. >Ulasan yang bagus about Siti Nurhaliza dan album barunya " Hadiah Dari Hati " even dselitkan dengan selingan kata manis minah kampung .. hehehe..Still not heard any song from the album yet .. Now I should find out the album from Music Store.. Thanks Pak Chik ..

  3. >aku setuju gitu komen HE kat ratu hati ku ni, siti nurhaliza walaupun dah berpunya!hehehe PUAS…. ITU je mampu aku katakan untuk album Terbaru Siti NI, HADIAH DARI HATI, ye… rasa hati dari seorang Diva SEGALA Diva. ku mahu. melawan kesepian, wanita dan Kerana dirimu sudah cukup menyegarkan halwa telinga aku.. puas… ye.. sangat puas.. TENANG aku RASAkan.. setenang Serau Wajah manis Yang Menghiasi 'Hadiah Dari Hati'.. syabas ratu hatiku… kau kan tetap Di HATI NI… FOREVER……

  4. >Komentar dari saudara HE itu telah menepis segala komen "yang kurang sedap di telinga" tentang album HDH (lots of these comments can be found in other blogs/links). Secara jujurnya, saya sukakan semua lagu, paling suka, Wanita, Melawan Kesepian, Mulanya Cinta, Cintamu dan Sekian Lama. Rugi kalau tak beli. Lontaran vokal yang bersahaja tetapi mantap. To conclude, memang best!!!

  5. >[…] Dari Hati sebuah buah tangan dengan vokal yang biasa sahaja daripada Siti Nurhaliza. Seperti komen HE tentang album Hadiah Daripada Hati yang lalu, suara Siti dicabar melalui nota-nota rendah. Kehebatan vokal sebenarnya bukan sahaja […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s