>Eko atau Eco atau エコ

>Ini adalah kisah apa yang HE buat siang tadi. Hari ini selepas pening kepala dengan ujian untuk pelajaran 31-35 dan kanji-kanji yang membiulkan, ada pula rombongan sekolah ‘cik Kiah’ ke Odaiba. Di sana kami diminta untuk melihat pameren berkaitan produk dan barangan syarikat Jepun tetapi dalam masa sama berusaha meningkatkan penjagaan ala sekitar atau ekologi.

Sesuatu yang sangat menarik kerana kita dapat melihat betapa negara maju seperti Jepun, di samping membangunkan negara dan meningkatkan ekonomi, mereka juga mengambil berat tentang penjagaan alam sekitar. Di dalam pameran yang bernama ‘Eco-Products 2007 – Eco Style Fair’ itu, ia adalah kali ke sembilan diadakan. Signifikannya penganjurannya pada kali ini adalah kerana pada tahun hadapan iaitu tahun 2008 merupakan permulaan merealisasikan protokol Kyoto yang ditandatangani pada 11 Disember 1997. Protokol Kyoto merupakan rangka kerja yang bertujuan mengurangkan kegiatan rumah hijau yang menggalakkan perubahan cuaca dunia.

Planeterium, originally uploaded by hairieusoff.

 

Pameran ini banyak memberikan pendedahkan kepada HE tentang betapa tekunnya orang-orang jepun merekabentuk sesuatu produk dengan mengambilkira kebaikan alam. Di Jepun, memang sudah diketahui bahawa sampah diambil mengikut hari mengikut jenis sampah. Kalau di tempat HE, hari Isnin, Rabu dan Jumaat, sampah boleh dibakar, Selasa adalah hari sampah berkaitan kain seperti baju, hari khamis pula untuk barangan plastik dan Sabtu untuk barangan seperti kertas, botol dan kaca. Hairan rasanya orang di sini boleh menngikut cara pembuangan sebegitu, malah orang-orang Malaysia juga boleh mengikutinya tetapi di malaysia susah pula kita nak membuang mengikut jenis sampah. Di pameran ini ada satu gerai yang menunjukkan bagaimana botol plastik dikitar semula. Agak menarik, tong sampah yang boleh memilih botol pelastik sahaja atau tong sampah yang boleh memilih botol kaca sahaja. Rasanya boleh cuba untuk dipakai di Malaysia memandangkan ada kalangan tak tak reti nak menggunakan tong sampah kitar semula.

Nike Shark, originally uploaded by hairieusoff.

 

HE juga berkesempatan memasuki planetarium digital dari gerai Konica Minolta. Amat menarik kerana tidak sangka planeterium boleh dibuat seperti khemah pengakap. Selain daripada itu ada satu gerai yang menggunakan barang-barang sukan seperti kasut untuk dijadi arca dan hasil seni. Ada bentuk ayam, jerung dan anjing yang buat daripada kasut bola.

Bin, originally uploaded by hairieusoff.

 

Sesuatu yang menarik tentang Jepun ialah Tokyo merupakan calon penawaran tuan rumah sukan olimpik musim panas 2016. Memandangkan Tokyo merupakan pelopor protokol Tokyo, maka sukan Olimpik 2016 akan dijadikan sukan hijau yang mesra alam.

Nike Dog, originally uploaded by hairieusoff.

 

Apa yang kita dapat pelajari daripada perkara ini ialah betapa orang bukan agama kita mementingkan alam sekitarnya walaupun kita sebagai umat yang menekankan kebersihan dan kepentingan alam untuk dijaga tetapi tidak mengambil peduli akan perkara ini.

Allah dalam Surah al-Rum ayat 41: (maksudnya) Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Orang Jepun mungkin tidak tahu ayat ini tetapi mereka boleh memahami apa ajaran yang agama kita bawa. Mereka mungkin tahu jika kita berbuat baik kepada alam, kita akan mendapat semula kebaikan daripada alam. Sama seperti kata orang bebudi kepada tanah kita akan mendapat hasilnya selain daripada itu;

Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah An Nahl:128).

Dari itu, kita renung-renungkan la betapapentingnya alam yang kita diami ini kerana kita hanya menumpang di atasnya. Sama seperti kita menyewa rumah, patutkah kita merosakkan rumah yang kita sewa? Fikirkan masa depan anda apabila dunia ini semakin panas dan tanahnya semakin gersang dan kala itu kepanasannya menerjah hingga ke perut bumi. Apabila teras bumi menggelegak, dan gelojaknya tidak lagi tertahan, bumi akan mula merekah dan membiarkan dirinya musnah untuk diletupkan. Di mankah kita ketika itu?

Advertisements

One thought on “>Eko atau Eco atau エコ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s