>Ucapan Musim

>Boleh? Season greeting diterjemah menjadi Ucapan Musim. Mahu Dewan Bahasa dan Pustaka kutuk menggunung. Sekarang kalau hendak diceritakan tentang Jepun, pada masa ini, di mana-mana sahaja pokok krismasnya sama naik, ada juga pokok yang sama tinggi dengan rumah, ada juga yang kita boleh kategori seangkatan dengan pokok krismas di Suria KLCC. Hairannya, rakyat Jepun yang beragama kristian seciput sahaja. Kebanyakan daripada mereka, ada juga tidak beragama. Tetapi HE rasa kerana perayaan beragama mungkin tiada di dalam hidup orang Jepun maka mereka menjadikan perayaan orang lain untuk diikuti.

Apa yang HE hendak cerita di sini bukanlah budaya sambutan Krismas, sebaliknya bagaimana perayaan dan sambutan Tahun Baru yang akan menjelma tidak lama lagi. Kita yang muslim pastinya menyambut Tahun Baru Hijrah. Di Jepun, pada asalnya menyambut tahun baru lunar sama seperti  kalendar Cina tetapi kini perayaan itu secara beransur-ansur telah berubah. Walaupun masing menyambut Tahun Baru Kalender Cina tetapi sambutan awal tahun diubah kepada 1 januari sama seperti tahun Masehi.

Menariknya orang Jepun apabila menyambut tahun baru Masihi ini mereka telah menerapkan budaya mereka dengan sambutan Tahun Baru Lunar. Kita di Malaysia mungkin penuh dengan orang berkumpul di tempat terbuka dan melihat bunga api menghiasi angkasa. Dan seterusnya melayani malam hari dengan berpesta kerana esoknya bercuti.

Nengajo, originally uploaded by hairieusoff.

 

Di Jepun suasananya mungkin sedikit berbeza. Sama seperti tahun Baru Cina, mereka akan berkumpul di rumah untuk makan bersama khasnya soba atau mee gandum berwarna kelabu. Khasnya toshi koshi soba. Makan soba pada malam Tahun Baru adalah untuk menyatakan maksud umur akan terus panjang. Selain itu, soba juga memberi erti menyambungkan tahun sebelumnya kepada tahun baru. Seluruh keluarga akan berkumpul pada malam itu untuk meraikan Tahun Baru bersama keluarga.

Pada keesokan harinya iaitu pada hari sambutan Tahun Baru, mereka akan dihidangkan dengan juadah khas sambutan tahun baru yang digelar Osechi. Makanan yang dihias secara indah dan kreatif dimakan sewaktu sarapan. Selain daripada itu ia mesti makan di rumah. Bagi orang-orang bujang yang tidak dapat merayakan bersama keluarga, makanan khas ini boleh dibeli di kedai dengan harga ¥10,000 atau RM300. Mahalkan. Memang mahal. Tapi mereka sanggup. Bagi yang tidak sanggup, akan memasaknya di rumah. Makanan ini akan dibuat untuk 3 hari berturut-turut. Memandangkan cuti musim sejuk selalunya pada tempoh sambutan Tahun Baru maka upacara ini dapat dilakukan. Selain itu mereka akan meminum arak (sudah pasti) dan buat permulaan arak yang bernama Otoso diminum tiga cawan dan barulah arak lain diminum.

Paling menarik ialah kad ucapan sempena Tahun Baru ini. Kad ucapan yang dipanggil Nengajo itu dihantar kepada insan istimewa sebagaimana kad Hari Raya. Kad ini berbentuk poskad dan kadang kala dihiasi sendiri atau boleh dibeli di kedai atau pejabat pos. Pada tahun ini malah hampir setiap tahun kad perlu dihantar sebelum 20 Disember. Yang menariknya semua penerima akan dapat kad itu pada 1 Januari. Hebatkan. Malah posman di Jepun masih bekerja walaupun hari cuti. Bungkusan-bungkusan HE kadang kala datang pada hari ahad atau sabtu. Pada kad itu ditulis seperti berikut;

あけまして おめでとう。お世話になりました。

Selamat Tahun Baru, selamat Membuka Lembaran Baru. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya.

Ucapan di atas adalah untuk kalian juga.

3 thoughts on “>Ucapan Musim

Tinggalkan Jawapan kepada ina Batal balasan