>Diterima Masuk Ke Universiti Keio

>

Keio Admission, originally uploaded by hairieusoff.

Hari ini HE telah menerima surat yang dinanti-nantikan. Sepatutnya, semalam lagi keputusan sudah dikeluarkan, cuma surat masih belum sampai. Di kelas bahasa, selepas waktu makan tengahari, dengan rasa gusar, menelefon ke rumah dan bertanyakan kepada isteri sama ada sudah sampai surat yang dinanti-nantikan dari Keio.

Ya, sudah sampai

balas isteri

Tolong bukak kan.

pinta HE tapi berdebar-debar.

Call sekejap lagi

pinta isteri
Bila panggilan dibuat sekali lagi. Isteri membaca dengan perlahan dan buat-buat tidak tahu tetapi sebenarnya sudah mengetahui keputusannya.

Dekita! Omedetou

teriak isteri.
HE berjaya diterima masuk ke Universiti yang benar-benar HE ingini. Alhamdulillah dan rakan HE juga berjaya memasukinya. Inilah dia rezeki selepas bersusah payah. Syukur kepada Yang Maha Esa. Mulai sekarang sudah perlu persiapan untuk berpindah ke Kanagawa pula.

Baiklah, itu berkaitan dengan takdirnya HE memasuki Universiti Keio. Sekarang rasa sesuailah HE berbicara tentang norma pengambilan masuk ke universiti di Jepun. Memandangkan berita di surat khabar utusan hari ini melaporkan bahawa Bak Dunia meminta Universiti kita melakukan reformasi agar tidak ketinggalan berbanding universiti serantau. Diulangi. Serantau. Thailand, Indonesia, Filipina dan brunei. Singapura usahlah dibandingkan kerana nama Universiti mereka seperti national University Singapore dan Nanyang University memang gah di arena antarabangsa. Kenapa agaknya universiti kita dikategorikan terkebelakang?

Baiklah. Kita sambung cerita bagaimana universiti Jepun membuat pilihan pelajarnya. Di Jepun, rata-rata menyatakan adalah sangat taihen (susah/dasyat) untuk memasuki universiti. Kebanyakan pelajar Jepun, berusaha begitu kuat untuk memasuki universiti kerana pada tahap ini, prosesnya paling sukar. Lain universit, lain caranya untuk proses kemasukkannya. Yang pasti dua perkara penting mesti ada iaitu peperiksaan kemasukan dan juga temuduga. Bagi kebanyakan universiti awam, mereka mahukan peperiksaan di dalam Bahasa Jepun da ini lebih pasti apabila mereka masuk untuk Sarjana Muda. Bagi Sarjana, ada pilihan untuk berbahasa Inggeris.

Bagi menduduki peperiksaan kemasukan universiti yang menggunakan Bahasa Jepun, sebelum itu, sudah tentu perlu mengambil ujian tahap kebolehan bahasa jepun aras 1 (Japanese Proficiency Test Level 1). Kebanyakan ujian kemasukan ke universiti memerlukan esei sebanyak 900 huruf kanji (tulisan jepun) dan bagi peringkat Sarjana seperti HE memerlukan HE membuat esei sekitar 500 patah perkataan. Tetapi ada pengecualian bagi pelajar-pelajar yang belajar di AAJ (ambang Asuhan Jepun seperti yang diberitahu isteri HE- isteri HE bekas pelajar AAJ). Mereka membuat peperiksaan di Malaysia dan keputusan mereka akan dinilai oleh universiti yang berminat. Berbeza dengan HE terpaksa melalui sebagaimana budak Jepun melaluinya. Ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Tidak cukup dengan peperiksaan, temuduga juga diminta sekiranya peperiksaan telah dilepasi. Ada juga fakulti atau sekolah yang tidak memerlukan peperiksaan. Sebaliknya mereka mahukan kita membuat persembahan projek bagi tesis (ini kes peringkat sarjana seperti HE). Universiti Waseda umpamanya, memerlukan kita untuk membuat persembahan dengan slide dan sebagainya. Disamping itu kita akan ditemuduga sekali gus.

Lihat sahaja cara universiti di Jepun memilih pelajar mereka. Di negara kita, pemilihan dibuat secara berpusat melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) atau dulu dikenali dengan Unit Pengambilan Univeristi (UPU). Kaedah ini mungkin meudahkan universiti dari segi pengurusan tetapi mereka mungkin tidak memperolehi pelajar yang benar-benar mereka mahu. malah ia akan membuatkan pelajar kita tidak begitu berusaha untuk memastikan diri mereka masuk ke dalam universiti. Ini kerana selepas menghantar borang dengan beberapa pilihan universiti yang diingini, pelajar hanya menunggu tarikh tertentu untuk memeriksa keputusan kemasukan melalui surat atau menyesakkan talian internet.

Pada pandangan HE, badan seperti BPKP perlu dihapuskan dan kita biarkan sahaja universiti mempunyai autonomi dan memilih pelajar mereka sendiri. Ini kerana walaupun mungkin mereka telah mendapat kriteria yang diberikan oleh univeriti tetapi adakah ia akan mencapai maksud universiti. HE percaya sekalipun mesyuarat diadakan secara bersua muka sekali pun, kehendak universiti tidak akan dapat dibuat kerana bila ada satu badan yang merasakan mereka satu badan berkuasa, mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka rasa betul. Padahal ia tidak memenuhi kriteria pemilihan universiti terbabit.

Apabila pelajar dipilih, maka pelajar akan diterima masuk ke univeristi yang entah apa bidangnya dan universiti akan menerima pelajar yang belajar kerana terpaksa di dalam bidang bukan pilihan mereka. Akhirnya prestasi universiti merosot kerana pelajar tidak bersungguh-sungguh di dalam bidang yang dipelajari.

Kerana itulah, universiti dikatakan perlu reformasi. Sebaliknya pada HE, pengurusan dan pembentukan dasar terhadap universiti juga perlu reformasi yang besar.

Cukup rasanya berbicara tentang universiti. Ini sebenarnya kisah gembira HE di sini. Selain mendapat kata ‘omedetou’ dari keluarga dan rakan taulan. Hadiah ini begitu memuaskan hati sendiri dengan lelah sebelum ini. Ini adalah tanggungjawab besar yang perlu dipikul dan perlu dilaksana dengan jayanya.

ps;/kalau ada tersilap fakta, mohon maklumkan untuk pembetulan.

Advertisements

6 thoughts on “>Diterima Masuk Ke Universiti Keio

  1. >Congrates!!…alaaaa… kita kita memang tahu laa.. HE mmg bleh buat punye.. Dlm sejarah Shy sejak kenal HE pun.. HE jenis never quit.. Never give up..Again.. Congrates!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s