>Gunung Takao (高尾山)

>Pada semester kali ini rombongan ‘sekolah’ untuk fuyu (musim sejuk) adalah ke Takao San. Oleh kerana pada waktu fuyu memang susah untuk bergerak maka hujung musim luruh dirasakan sesuai untuk berjalan sambil melihat dedaun sudah mula kekuningan dan kemerah-merahan (koyo).

Maple IV, originally uploaded by hairieusoff.

 

Kebanyakan kawasan tempat tinggi di Jepun (malah di Korea) adalah kawasan kuil-kuil. Ini mungkin kerana pada pandangan mereka, tempat tinggi merupakan tempat yang lebih dekat dengan syurga atau orang orang suci seperti sami (obosan) yang mendiami kuil-kuil ini perlu terpisah dari kehiduaan orang biasa untuk mengelakkan mereka daripada melakukan sebarang dosa.

Maple VII, originally uploaded by hairieusoff.

 

Takao San (高尾山) terletak berhampiran Tokyo dan boleh diakses menaiki bas atau menaiki keretapi line Keio sehingga stesyen Takosan. Perjalanan menggunakan bas mengambil masa selama dua jam (seperti balik ke Tapah). Setibanya berhampiran kawasan gunung Takao, kami pergi ke Muzium Trick Art yang menampilkan ilusinasi gambar ala realiti. Menariknya kita boleh mengambil gambar di muzium ini. Ini kerana melalui gambar, kita dapat melihat ia berbentuk 3 dimensi. Menggunakan latar purba, tingkat pertama menampilkan keadaan di dalam piramid dan istana purba mesir. Manakala tingkat kedua menunjukkan ilusi-ilusi moden.

Ilussion, originally uploaded by hairieusoff.

 

Hampir sejam di situ, kami bergerak ke arah gunung Takao iaitu 10 minit berjalan kaki dari Muzium Trick Art. Dari kaki gunung, dan setelah beberapa anak tangga didaki, kami menaiki ‘chair lift’ untuk sampai ke kawasan atas pergunungan. Di bawah sudah mearakan kesejukan, di atas lebih lagi kesejukannya. Tetapi dari atas, boleh melihat pemandangan metropolis Tokyo yang memang padat itu.

Tample Yokuoin, originally uploaded by hairieusoff.

 

Sesampainya kami di atas, sudah tibanya waktu menjamah makanan yang dibawa masing-masing. Seronok juga berkumpul sebegitu dan masing-masing bertukar-tukar makanan. HE membawa nasi ayam selain membawa air panas. Selepas makan, kami mendaki gunung Takao sehingga kepuncak, tetapi sehingga pertengahan perjalanan, guru kelas kami menukar perancangan untuk menuruni gunung dan pergi ke kuil tersohor di akawasan ini iaitu Yakuoin Temple. Ia didirikan di kawasan Taman negara Meiji No Mori dan tetap dikunjungi ramai orang terutamanya mereka yang mengamalkan ajaran Buddha. Bagi HE hanya keindahan struktur bangunan dan alam menjadi tatapan, malah kemerahan dan kekuningan daun maple (momiji) adalah tujuan utama HE ke sini.

Hampir tiga jam di atas kawasanTakaoSan, sudah tibanya waktu pulang kerana jam lima, hari sudah pun gelap. Untuk turun semula ke bawah, kami menaiki ropeway atau keretapi ala Bukit Bendera. Dan sesampainya di bawah, tepat jam 3 petang tetapi, alam sudah mula kekuningan. malam sudah hampir tiba dan segera kami menaiki bas untuk merasai kehangatan ‘heater’ yang dipasang kerana di luar, suhu yang sejuk malah disapu angin menambahkanlagi rasa dingin badan.

Illusion III, originally uploaded by hairieusoff.

 

Pengalaman ini memang menyeronokkan kerana masing-masing sudah mula berkomuniasi dalam Bahasa jepun dan sudah tiada masalah untuk mendapatkan pengetahuan dan berborak dengan kenalan baru dari kelas lain dan berlainan bangsa. Tambah seronook, dapat mengambil gambar keindahan musim luruh di Jepun sebagai satu kenangan pada masa depan kelak.

Advertisements

6 thoughts on “>Gunung Takao (高尾山)

  1. >eh eh – bila pegi takaosan? kami sekeluarga pun baru je ke sana ahad lepas. tapi tak masuk trick art museum walaupun dapat kupon warubiki 200 yen seorang… rasanya kalau ada rezeki mungkin nak ke sana lagi spring nanti

  2. >kawejauh,mana ada duit nak membeli kamera SLR… duit kat Jepun ni cukup cukup je.LinaLina kan okanemochi (byk duit), anytime blh dtg.. hehehe :)a.z. haidapergi hari khamis, pergi dengan keluarga lebih santai, mesti seronok. mana dapat tiket warubiki tu? oshite sikit boleh? hehehe.

  3. >Kalu HE pakai DSLR Cam tu, gambar lagi cantik, lagi sharp. Kumpul la duit skit-sikit. Kawepun tgh kumpul duit ni nak beli DSLR Cam tu. Kat KL ni harga die dlm RM4K untuk full-set. Skrg nih tgh dok blajar Photoshop CS3.

  4. >kupon warubiki tu dpt masa keluar dari eki takaosanguchi… beria-ia pekerja trick art museum tu bagi kat semua orang; mungkin jualan tiket lebih laris waktu weekend kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s