>Separuh Akhir Juara Lagu 22

>Walaupun berada jauh dari Sri Pentas dan Malaysia, HE masih sempat juga menonton Buletin Utama dan Separuh Muzik Muzik. Walaupun sudah tidak mengambil tahu tentangnya kerana lebih banyak perkara penting hendak dibuat di sini tetapi peluang menyaksikannya dari tanah Matahari terbit ini, tidak di sia-siakan. Bermula dengan kategori Etnik Kreatif, sebanyak 10 lagu dipilih oleh orang ramai untuk dijadikan calon separuh akhir telah meperlihatkan beberapa penyanyi tersohor suatu ketika dahulu terlibat memberikan saingan.

Lagu-lagu yang berjaya memenuhi kuota ke peringkat akhir adalah lagu:

Lagu: Samudera
Artis: Nora
Komposer: Johan Nawawi
Penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya

Lagu: Kasihnya Balkis
Artis: Aishah
Komposer: Adnan Abu Hassan
Penulis lirik: Moharis Yaakup

Lagu: Dirgahayu
Artis: Ramlah Ram
Komposer: Radeen Sri
Penulis lirik: Hairul Anuar Harun

Rata-rata semasa penglibatan Noraniza Idris dalam kancah Muzik-muzik dan membawa Awalah Dondang Ke Juara Lagu, ketika itu ia dipelopori insan insan baru (walaupun Noraniza tidak lah generasi baru tetapi genre baru yang dibawanya). Sejak itu Irama ini semakin segar setelah nama tersohor seperti Siti Nurhaliza menarik minat pendengar muzik apabila album tradisionalnya diterbitkan. Maka muzik-muzik tidak pernah lari membawa Siti ke final melalui lagu tradisional dan seterusnya mencipta kejayaan pertama melalui Cindai pada tahun 1998.

Itu suatu ketika dahulu, tetapi, ia menjadi satu era yang kembali tenggelam sebagaimana dangdut suatu ketika dahulu. Maka Etnik Kretif kembali kepada kategori pelengkap Juara Lagu. Sehinggalah pada tahun ini pemilihan calon ke separuh akhir deketengahkan untuk melihat trend penonton yang rata-ratanya mahu melihat suara ‘power’ suatu ketika dahulu bertanding semula. Rata-ratanya bekas pemenang dari kategori pop tetapi setelah surut populariti mereka, irama Malaysia dijadikan sandaran untuk mendaki tangga. Aishah juara Melalui janji Manismu dan Cinta Beralih Arah, Ramlah Ram melalui Kau Kunci Cintaku (dalam hatimu) yang suatu ketika dahulu dikagumi dengan suaranya tetapi pada persembahan Separuh Akhir tempoh hari, menyaksikan susutnya ‘power’ yang pernah mereka tampilkan suatu ketika dahulu. Mungkin faktor usia tetapi masih berbisa. Adakah Siti Nurhaliza juga akan menuruti langkah ini? Jadikan Sheila Majid sebagai teladan, walaupun vokal kurang menyerlah tetapi pemilihanlagu dan berhati hati memilih lagu untuk dinyanyikan adalah faktor yang menjadikan Sheila sentiasa eksklusif.

Kesuraman kategori ini juga menjadikannya kategori yang menghantar wakil paling sedikit iaitu 3 pencalonan ke akhir berbanding Balada yang pada kali ini mendapat pertaruhan 5 wakil. Berikut adalah Lagu Balada yang berjaya:

Lagu: Izinku Pergi
Artis: Sahri
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis lirik: SuluSarawak

Lagu: Harapan
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

Lagu: Mahakarya Cinta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Mohd Shariza Shamsiri

Lagu: Kasih Tercipta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Shuhaimi Baba

Lagu: Ceritera Cinta
Artis: Jac dan Rio Febrian
Komposer: Ross Ariffin
Penulis lirik: Habsah Hassan

Lagu yang berjaya sesungguhnya mempunyai keunikan pada melodi dan ia mendai taruhan paling kuat untuk sampai ke Juara Lagu. HE memang telah menjangka Lagu Ross Ariffin melalui Ceritera Cinta nyanyian Jac dan Lah untuk ke final kerana telah dikenali bahawa Ross memang cerewet dan agak ekperimental dalam lagunya. Audi Mok pada pendapat HE mempunyai lagu generasi baru. Kebanyakan lagu did dalam album Nikki yang pernah HE dengar, ia diterbitkan dengan sungguh segar tetapi mungkin tidak didedahkan secara meluas sehingga diputar berulangkali setelah Faizal mendapat tempat kedua di dalam rancangan One In A Million. Harapan memang menjadi taruhan orang ramai erana kekuatan Fazli malah lagu itu memang satu buah tangan yang baik dari Hazami. Tetapi pda HE kekuatan Vokal Fazli memainkan peranan hebat untuk membawa lagu ini ke final. Yang lain bukan dalam jangkaan HE tetapi juri lebih mengetahui. Pandangan ini hanyalah pendapat peribadi bukannya menunjukkan kepandaian. Tunggu persembahan katagori pop rok pula.

Advertisements

2 thoughts on “>Separuh Akhir Juara Lagu 22

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s