>Jom Makan Daikanyama-Ebisu

>Hari ini HE berkesempatan untuk shokuji (makan) bersama keluarga di sebuah restoran Malaysia yang agak elit di Tokyo ini. Namanya, Restoran dan Cafe Jom Makan. Tempatnya adalah berhampiran dengan stesyen Ebisu laluan Yamanote dan Hibiya atau stesyen Daikanyama menggunakan laluan Tokyu Toyoko.

Nasi Ayam, originally uploaded by hairieusoff.

 

Bila melalui kawasan-kawasan sekitar Ebisu semasa menuju ke restoran ini khasnya jika datang dari stesyen Daikanyama, memperlihatkan daerah ini merupakan pusat fesyen kawasan Tokyo. Selain harajuku yang mkerupakan tempat memperaga pakaian yang agak pelik tetapi Ebisu menonjolkan elitis dari segi pakaian kerana di sini terdapatnya pelbagai jenama butik yang terkenal. Selain daripada itu ia juga merupakan tempat bagi pelbagai restoran, bar dan pub di Tokyo.

Kesempatan mengunjungi Jom Makan memberikan satu demensi baru pada orang seperti HE kerana sekian lama menikmati makanan India dan Asia Selatan yang merupakan sumber mendapatkan rasa rempah dan kategori halal. Bagi HE restoran ini memang boleh dikatakan mahal tetapi untuk merasai masakan Malaysia dan citarasanya bolehlah sekali sekala menjengah ke tempat ini.

Pada kali ini, dapatlah merasai Shabu-Shabu atau steambot, nasi ayam dan teh tarik. Walaupun dirasakan boleh dibuat sendiri di rumah namun kadang kala ingin juga merasa makan di restoran. Dekorasi hadapan restoran yang terletak di bangunan Fleg Daikanyama ini menampakkan ciri Malaysia di mana pintunya dihiasi corak songket dan adanya sebuah meja kopi yang dialas dengan bendera Malaysia. Hiasan dalamnya yang cozy, sangat sesuai dengan daerah Ebisu. Sayang sekali, pada hari ini tidak membawa kamera untuk merakam detik-detik di sana, sekadar menitip dari ketikan telefon berkamera.

Restoran ini di bawah program Malaysia Kitchen yang dilakukan oleh Kerajaan malaysia untuk mempromosikan masakan Malaysia di dunia. Ia merupakan francais dari Myfranchise subsidiari Perbadanan Nasional Berhad. Francais Jom Makan di Jepun adalah pertama di dunia. Kemudian akan dibuka di London dan New York.

Berikut adalah alamatnya:

JOM MAKAN
Fleg Daikanyama
1-31-12, Ebisu-Nishi, Shibuya-ku,
Tokyo,151-0021, Japan.

Tel: +81-3-3780-9760

One thought on “>Jom Makan Daikanyama-Ebisu

  1. >Satu cerita yang amat menarik minat saya…Memang menakjubkan seandainya dapat mengetengahkan makanan malaysia di serata dunia..Bagaimanakah jika rakyat malaysia yang berminat untuk memohon membuka francais ni? Apakah syarat@ yang di perlukan dan berapakah modal yang harus di keluarkan untuk menceburi francais ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s