>Bangsa Angkasa

>Baru berkesempatan membaca berita-berita perhimpunan agung UMNO iaitu Perhimpunan Besar Parti Politik di Malaysia. DI samping itu berkesempatan juga membaca tentang Perhimpunan Kekuning-kuningan dengan harapan 100,000 manusia membuat ‘barisan’ baru menuju ke persemayaman Yang Di Pertuan Agong.

Menariknya kisah dalam perhimpunan-perhimpunan ini adalah bagaimana retoriknya penggunaan kata-kata yang diuar-uarkan. Memang benar, mata pedang tidak setajam kata-kata maka dengan jelas ia berperanan untuk menghunus setiap sanubari dengan hanya sepatah kata agar manusia bisa terkulai dalam ideologi seseorang bergelar pemimpin.

Dalam majlis perasmian perhimpunan sayap kiri kanan tengah dan belakang UMNO, baik wanita, puteri, pemuda, putera, Orang Kedua Negara, menyampaikan amanat agar orang Melayu yang dulu dikenali sebagai bangsa yang perlu di Glokalkan, supaya diangkat dengan perkembangan semasa setelah projek angkasawan hangat membakar dalam ruang-ruang akhbar negara. Kini Najib mahukan bangsa kita bukan sahaja pergi kepada global (globe atau dunia) sebaliknya kini sudah mahu menerjah ke angkasa dengan satu kata kunci yang boleh dikategorikan sebagai kata kunci cemerlang gemilang terbilang. Kata apakah itu? Ya. Mengangkasakan bangsa!

“Dalam persaingan global sekarang ini tidak cukup dengan mengantarabangsakan Melayu. Malah, kita sudah sampai ke tahap tertinggi, iaitu mengangkasakan bangsa kita,”

Katanya lagi;

Orang Melayu mesti menjadi ‘bangsa angkasa‘, iaitu bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi dan memiliki tamadun yang hebat untuk cemerlang dalam persaingan global.

Sayangnya kita memang bangsa sudah terkenal dengan suka memasang impian. Masakan tidak, kita sudah berselimut dengan kisah Mat Pening Mat Jenin. Yang penting bukannya memasang impian, tetapi memasang kudrat secara terus bagi mencapai impian. Jika impian yang mahu ditekankan, ia sudah lama dipraktikkan. Malah kita memang memasang impian untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Apakah impian itu akan tercapai?

Yang penting adalah merangka impian dan kemudiannya merangka kerja dan berusaha ke arahnya. Sebaliknya usah kita gah dengan pelbagai impian yang belum tentunya boleh berjaya. Di negara kita terlalu banyak impian. Segala pelusuk penjuru negara ada anjung-anjung ekonominya dan adakah ini sebahagian mengangkasakan bangsa?

Kalau begitu lagaknya, nantikan berapa jauh kita akan melabuhkan bangsa kita ke ‘angkasa’ atau sekadar melihat ruang gelap angkasa yang pastinya memerlukan kesungguhan untuk menggapainya.

HE: HE bukan manusia yang menidakkan bangsa kita untuk berjaya tetapi HE percaya kerja kuat bangsa pasti akan berjaya dan bukan pada kertas semata-mata.

Advertisements

One thought on “>Bangsa Angkasa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s