>Hello Kitty

>Di Jepun, memang menjadi syurga kanak-kanak seperti anak HE. Ada Disneyland, ada Ultraman land, ada Hello Kitty land dan pelabagai ‘land’ yang lain. Sebelum ini anak HE gilakan koleksi Disney princesses. Sejak beberapa waktu Hello Kitty menjadi menjadi hobi yang baru. Baik siri kartun di TV, mahupun barangan Hello Kitty. Sudah banyak barang di rumah HE penuh dengan warna-warna merah jambu. Rasa hendak tukar satu rumah tema Hello Kitty pula. Tidak mengapalah, anak perempuan, begitulah keinginannya. Jika anak lelaki lain pula keinginannya.

Adia in Hello Kitty Dress, originally uploaded by hairieusoff.

 

Hujung minggu lepas, pergi ke Motoyawata untuk melihat barang-barang yang boleh dibeli untuk kegunaan semasa musim sejuk kelak. Kini, walaupun baru permulaan musim luruh, sejuknya sudah mencengkam tulang. Bayangkan pula semasa musim sejuk nanti. Di Motoyawata ada sebuah kompleks membeli belah bernama Colton Plaza. Di sana ada Daiei merupaka gedung membeli belah yang agak ternama di Jepun dan juga, Butik UNIQLO (seperti yang disarankan oleh Rudy Bluehikari). Memang menjadi lumrah HE membeli di UNIQLO kerana harganya murah. Malah rakan isteri HE memang menyarankan membeli di UNIQLO. Baju sejuk yang dikirimkan oleh teman isteri sebelum kami ke Jepun juga datang dari UNIQLO.

Gloves, originally uploaded by hairieusoff.

 

Selain itu HE suka juga membeli secara tsushinhanbai (belian melalui katalog dan penghantaran terus ke rumah). Jika suka cara ini, sila pergi ke laman web NISSEN. NISSEN menawarkan harga yang murah juga selain daripada itu ia boleh menghantar barangan yang dibeli dan dibayar secara, Cash on Delivery.

Hanger, originally uploaded by hairieusoff.

 

Kembali bercerita tentang proses membeli belah di Colton Plaza, anak HE sudah mendapat pakaian-pakaian bertemakan Hello Kitty di sana dan nampaknya tidak cukup dengan itu, pergi pula ke Funabashi untuk mendapatkan barang-barang Kitty seperti Pinggan, Cawan, Penyangkut Baju dan sebagainya. Nampaknya anak HE sunggu ureshi (gembira). bapanya? Harau Hito (orang yang membayar) tentunya geleng kepala. Tapi jika dibandingkan harga barang ini di Malaysia, alngkah mahalnya!!! pernah HE melihat sebuah bag Hello Kitty yang dijahit dengan muka Hello Kitty boleh menjadi RM1000.00. Sunggu melampau.

Plate, originally uploaded by hairieusoff.

 

Advertisements

4 thoughts on “>Hello Kitty

  1. >Makin comel la Adia ni. Dah macam anak Jepun, belum pun setahun duduk sana.Winter start bila ek? Seronoknya dapat merasa empat musim kan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s