>Peperiksaan Kemasukan

>hari Sabtu lepas, kawasan perumahan Green heights di Ichikawaono telah membuat rumah terbuka dengan jemputan yang ramai. Malangnya HE tidak berkesempatan untuk hadir kerana seawal jam 5 sudah keluar rumah untuk menaiki keretapi ke Fujisawa wilayah Kanagawa iaitu Kampus Universiti Keio bagi Graduate School Of Media and Governance.


Keio Shonan Fujisawa Entrance Gate, originally uploaded by hairieusoff.

 

Tujuan ke sana adalah untuk menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti Keio. Pastinya peperiksaan ini adalah sebahagian tapisan yang pertama selepas menilai material-material yang telah dihantar. Sekiranya berjaya, temuduga pula akan terpaksa dilalui selepas ini. Dan selepas itu, barulah keputusan berjaya atau tidak ditentukan untuk diterima masuk ke universiti.

Exam Building, originally uploaded by hairieusoff.

 

Sampai agak awal di Fujisawa. HE dapat tempat duduk paling hadapan dan pastinya setsume (penerangan) di dalam Bahasa Jepun walaupun HE menjawab dalam bahasa Inggeris. Kebanyakannya menjawab di dalam Bahasa Jepun. Satu pengalaman yang menarik dan baru. Di Malaysia, mana pernah HE mengambil peperiksaan kemasukan. Hantar borang dan seterusnya tunggu sama ada Universiti terima atau tidak.

Exam Hall, originally uploaded by hairieusoff.

 

Tamat sahaja peperiksaan, segera pulang kerana perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Setelah turun naik stesyen, samapi ke rumah jam 4.50 petang. pada ketika itu, matahari pun sudah mula tenggelam. Tidak berkesempatan untuk menghadiri Jamuan Raya Green heights. Mohon maaf kerana tidak dapat hadir.

Advertisements

5 thoughts on “>Peperiksaan Kemasukan

  1. >Salam HE, pertamanya rupanya inilah dia pemantun yang mengalahkan kami pada tahun 2006 (baru saya perasan HE orang nyaaa) hingga kempunan mengulang sejarah masuk ke separuh akhir pada tahun tersebut. Tahun 2005 memang manis kerana kami berjaya juga mendapat tempat.Nanti saya emel HE untuk perincian kontroversi dan ulasan lanjut. HE…pasal perfume tu BVLGARI di jepun memang murah habisss! Sbb BVLGARI di jepun tak terkenal sgt. Saya baru beli dr sana adik ipar bawak balik raya haritu. Saya beli dalam san zen yen jer. Memang puas hati. Begitu juga kalu nak beli kemeja ke apa..saya suka jenama UNIQLO. Saya memang suka singgah butik UNIQLO yang memang terkenal murah. Trylah HE.

  2. >Wahhh..nyuugakushiken kat keio dai… muzukashikatta kana? Keio U antara University swasta yang terbaik di jepun. Dulu masa saya, saya amik nyuugakushiken kat malaysia. Kalu tak lulus memamg langsung xbelh pi sana. Moga2 HE lulus diterima masuk. Aminnnnnn!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s