>Pantun

>HE ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan HE di kementerian Pelajaran yang menyertai Pertangan Berbalas Pantun Antara Kementerian 2007 kerana berjaya mengekalkan kejuaraan. Kalian memang hebat. Tambahn hebat, tahun ini ada pengganti yang hebat berpantun dan dinobatkan pemantun terbaik untuk edisi kali ini. Moga tahun hadapan akan memberikan lagi berita gembira seperti ini.

Juara Pantun 2006 – Berita Harian, originally uploaded by hairieusoff.

HE masih teringat pada tahun 2005 apabila Kempen Budi Bahasa dilancarkan, semua Kementerian menganjurkan kempen sama di Kementerian masing-masing. Pada tahun itu juga satu pertandingan Berbalas Pantun Antara Kementerian buat kali ke-2 akan diadakan, maka Kementerian HE juga mengambil peluang untuk mengisi saringan pencarian pemantun dengan mengadakan pertandingan Berbalas Pantun Antara jabatan di Kementerian Pelajaran. HE yang juga AJK pelaksana Kempen Budi Bahasa di Kementerian merupakan AJK promosi dan siar raya. Atas nama AJK, HE kena mencari wakil di Jabatan HE. Maka jadilah HE sebagai pemantun Jabatan (memang HE ada pengalaman sedikit di peringkat sekolah suatu ketika dahulu) dan beberapa orang yang HE kenalpasti mampu melakukan tugas ‘kesenian’ ini. Payahnya hendak mencari bakat-bakat orang seni pantun di dalam jabatan orang-orang teknikal seperti Jabatan HE. Hendak di jadikan cerita, pasukan yang menghantar wakil adalah jabatan HE dan Bahagian Sekolah. Kami terus ke akhir. Pertandingan akhir itu membawa kami sebagai pemegang kejuaraan di kementerian dan seterusnya melayakkan kami mewakili KPM. Pada ketika itu kami mengenali En. Ikram (DBP) yang menguruskan Pertandingan ini.

Juara Pantun 2006- Outside Hall, originally uploaded by hairieusoff.

 

Hendak dijadikan cerita pada saat kami memulakan pertandingan, dua dari peserta menarik diri. saorang pemantun ke-3 dan seorang lagi simpanan. Maka HE dan seorang lagi yang bernama Siti Zaileha terpaksa mencari pengganti dan alhamdullilah seorang pegawai menjadi pengganti dan kami terpaksa berusaha membantunya dalam penyediaan pantun dan memberikan latihan. Maka dengan cara sebegitu dan usaha yang sebegitu, dapatlah kami melalui pertandingan sehingga Suku Akhir apabila dikalahkan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan pelancongan pada ketika itu.

Setahun kemudian (2006), berita penganjuran pantun dikhabarkan sekali lagi dan pada ketika itu, tiada pemilihan dibuat melainkan diarahkan untuk terus mewakili KPM. Sekali lagi berurusan dengan En. Ikram dari DBP. Maka terpatrilah kami mewakili KPM dan pada kali ini seorang pemantun dari Bahagian lain dipanggil untuk sama-sam menjadi bidan terjun. Kami memulakan latihan seawal 3 minggu dan kemudiannya meminta bantuan Puan Zawiyah, pensyarah IBMM dalam selok belok hal ehwal pantun. Hampir seminggu pula setiap malam berkampung di rumah HE, sehinggalah ke hari pertandingan di DBP.

Peringkat awal, pasukan dipecahkan kepada empat kumpulan dan setiap pasukan akan bertanding secara liga di dalam kumpulan dan pemenang dengan markah tertinggi akan memasuki peringkat separuh akhir. KPM bertarung dengan KPTM (UPM), MITI dan.. (tidak ingat). Alhamdulillah berjaya ke separuh akhir untuk menentang Jabatan Perdana Menteri. Kami yang diuruskan dengan serba kekurangan pada ketika itu, terus bersemangat untuk melakukan yang terbaik. Kami terpaksa mengurus sendiri mencari pakaian dan aksesori memandangkan KPM tidak memberi sebarang elaun. Mujurlah akhirnya Ketua Jabatan HE meluluskan untuk membenarkan penggunaan duit pejabat untuk sewaan pakaian. Maka pakaian pada ketika itu adalah set pakaian pengantin HE yang dibawa khas dari Pulau Pinang. Berbanding dengan lawan kami JPM, sungguh berbeza. Maka kami tekad untuk memenangi peringkat separuh akhir sekadar melayakan diri ke akhir. Jika tidak menang di akhir pun tidak mengapa kerana mengetahui saingan kami adalah RTM yang merupakan penyandang juara.

H endak dijadikan rezeki, kami menang dan layak ke final. Di peringkat akhir, memang sungguh mencabar tetapi bila berada di pentas, kita sudah menjadi orang lain dan kami melakukan apa yang termampu. Pada pusingan pertama, cabutan tema dibuat dan HE mendapat ‘Semangat Kemerdekaan’ dan pusingan seterusnya menggunakan tema Budi Bahasa dan pusingan terakhir mencuri tumpuan dengan tema Jenaka. Berkat sokongan wakil KPM, akhirnya kami berjaya memenangi Pertandingan berbalas Pantun Anatara Kementerian kali-3 Tahun 2006 dan sesungguhnya tanpa HE sangka, HE juga dinobatkan sebagai pemantun Terbaik pada edisi tersebut. Di bawah adalah artikel dari surat khabar:

Di satu majlis lain, Kementerian Pelajaran Malaysia muncul sebagai johan dalam Pertandingan Berbalas Pantun antara Kementerian Kali Ke-3 2006 dan sekali gus merampas Piala Pusingan Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim daripada genggaman juara bertahan, Kementerian Penerangan Malaysia. Pertandingan yang berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos lalu dianjurkan oleh DBP dan KeKKWA dengan kerjasama RTM ini turut disertai 14 buah kementerian lain. Kementerian Pelajaran yang diwakili oleh Encik Kamarul Arif Yusoff yang juga diumumkan sebagai pemantun terbaik, Puan Siti Zaileha Abdul Salam dan Encik Hazri Sabtu.dipetik daripada eMedia- Sekitar Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2006 (Normala Mohamad Yusof)

Satu lagi artikel

Pemantun dari Kementerian Pelajaran, Kamarul Arif Yusoff turut melebarkan penguasaan dalam pertandingan itu apabila dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik, sekali gus mendapat hadiah wang tunai RM500 dan piala iringan.

dipetik dari Berita Harian, 22 Ogos 2006 Kumpulan Kementerian Pelajaran juara pertandingan balas pantun (laman web KeKKwa)

Juara pantun 2007, originally uploaded by hairieusoff.

 

Sekali lagi HE ingin mengucapkan tahniah kepada rakan seperjuangan, Siti Zaileha, Hazri dan Norila serta isteri sebagai Pengurus pasukan pada sesi lepas dan pada tahun ini ada wajah baru iaitu Norliayana dan Dhia. Yang ternyata mereka juga menampilkan sesuatu yang hebat apabila membawa kembali piala ke KPM dan gelaran pemantun terbaik ke KPM.Ini satu indifikasi juga kepada HE, siapa kata orang teknikal tidak mampu melakukan pekerjaan seni.!

Advertisements

13 thoughts on “>Pantun

  1. >Alhamdulillah, tahun ni kami menang lagi dan mungkin rezeki kami tahun ini sebab dipertemukan dengan Lyana. Saya paksa dia masuk ..hehehe.. namun tak sangka dia punya bakat yang sangat besar. Harap2 tahun depan dapat kami menjadi johan lagi supaya piala pusingan itu menjadi milik KPM. Saya dah upload gamba dalam frenster …http://profiles.friendster.com/aurelia24

  2. >Tahniah utk semua yg terlibat! Kawe dapat berita ni daripada Hazri pada hari pertandingan tersebut. Sebenarnya, jika org teknikal boleh membuat kerja-kerja seni, bermakna dia telah menggunakan kedua-dua belah otaknya. Teruja!

  3. >hye…….thniah!!!lawa kamu sume n encem2 belaka…ni mau tanya,saya bersama rakan saya akan mewakili sekolah dalam prtndingan pantun peringkat gbungan Kota Kinabalu..so,kami teda pngalama lgsung..ini yg mybbkan kami berasa takut dan ingin meminta pendapat kalian yg berpengalaman…kami student form 3 sm stella maris,kk..tQ!!!!see u….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s