>Flea Market

>Ahad lepas iaitu sebaik sahaja selepas taufan melanda wilayah Chiba, HE dan kelaurga berkesempatan membeli belah di Flea Market atau dalam bahasa kita kerap kali disebut Pasar Kutu. Kalau di kampung HE iaitu Ipoh, kami memanggilnya ‘Loken’ di mana ia selalu diadakan di sekitar tempat letak kereta berhampiran sungai Kinta.

Giant Panda, originally uploaded by hairieusoff.

 

Di Jepun hampir setiap minggu ada flea market. Barang-barang terpakai mereka masih cantik dan nampak seperti baru. Mungkin sifat mereka yang suka mencari benda-benda baru maka barang lama dijual walaupun tidak begitu lama digunakan atau jarang digunakan. Pakaian adalah barang yang kerap kali dijual semula. Di Jepun pakaian mengikut musim. Tambahan pula setiap musim, fesyennya berbeza. Lebih-lebih lagi orang jepun yang begitu mementingkan fesyen semasa, baju-baju lama lebih senang dijual bagi mengelak timbunan baju di rumah mereka yang sempat itu. Maka habuannya tentulah orang-orang ‘asing’ seperti HE.

Decor Street, originally uploaded by hairieusoff.

 

Kali ini Pusat Persidangan Big Sight di Odaiba menjadi lokasi flea market. Banyak perkara yang menarik tetapi tidak sehebat di Makuhari pasca Musim Sakura lewat Mei lepas. HE tidaklah membeli sangat tetapi hak milik anak mengungguli carta belian. Itulah kita yang ada anak, anak di dahulukan. Tambahan pula budak-budak tidak pandai lagi menilai jenama maka kita beli sahaja dan dipakaikan. kalau ada jenama pun bukan mereka mengerti lagi pakaian mereka itu sudah ‘tangan kedua’ atau tidak. Yang penting ada unsur dan karektor yang mereka suka.

Fashion Street, originally uploaded by hairieusoff.

 

Walaupun penuh beg, maknya tidak membeli apa-apa kecuali barang anak. Maknya teruja membeli untuk anak berbanding barang diri sendiri. Mama nak yang baru ke? ;p

Heavy bargain, originally uploaded by hairieusoff.

 

HE: Kepada rakan seperjuangan dahulu, selamat bertarung untuk mengekalkan kejuaraan tahun lepas di pertandingan pantun Antara Kementerian 2007.

Advertisements

3 thoughts on “>Flea Market

  1. >Alamak aii.. bestnye shopping ek..Tak kisah laa HE.. bundle ke.. brand new ke.. Shy skarang giler beli 3/4 pants bundle kat Uptown Danau Kota..Ada laa kat 10 helai.. Entah.. skarang nie KL panas sgt..So lebih selesa jalan pakai short..Takpi market dia cam best aje ek..Kalo kat Mesia.. kalo boleh selipar Jepun pun nak dijualnye..

  2. >Alhamdulillah… rakan seperjuangan dahulu berjaya mengekalkan kejuaraan. dah 2 tahun berturut2. tahun depan kalu johan lagi bleh la simpan trus piala tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s