>P.A.T.I

>Isu Pendatang dan Pekerja Warga Asing sudah lama diberitakan. Dari Istilah PATI atau Pendatang Asing Tanpa Izin, maka lahirlah istilah Bangla dan Indon bermain di bibir orang-orang kita. Pada era ekonomi kita menlonjak naik sekitar awal 1990an, negara kita tidak dapat lari daripada masalah kebanjiran pendatang yang masuk secara haram kerana mereka mencari kemakmuran negara ini. Ini juga berlaku kepada Amerika Syarikat sekitar awal abad ke 20 apabila orang-orang Mexico menyebarang sempadan untuk memenuhi peluang pekerjaan di selatan Amerika Syarikat untuk industri perladangan buah-buahan.

Di Malaysia, apabila pembangunan industri hartanah melonjak tiba-tiba yang mana pada ketika itu bermula pembangunan menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas, keperluan terhadap tenaga pekerja dalam pembinaan bangunan begitu kritikal dan sama pentingnya pembangunan modal insan terhadap bidang Teknologi Maklumat, maka penerimaan terhadap buruh asing dijadikan asas untuk membenarkan perkerja Indonesia dan Bangladesh untuk menyertai sektor buruh negara.

Maka dalam Bajet 2004, yang pada ketika itu dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa, sejarah negara meggalakkan indutsri pembuatan adalah untuk mencipta peluang pekerjaan rakyat JIKA rakyat tidak terlalu memilih kerja. Sebaliknya rakyat kita mengetepikan beberapa peluang pekerja seperti sektor pembinaan yang akhirnya dimonopoli oleh orang-orang asing yang digajikan oleh majikan negara kita. Kini kebanjiran itu dilihat sebagai ancaman terhadap kita sedangkan pada asalnya kita tidak mahu menyertai sektor tersebut. Wajarkah kita menyalahkan Kerajaan semata-mata kerana dasar. Kita juga memainkan peranan dalam permasalahan kebanjiran warga asing ini dalam sektor buruh negara. Kita harus ingat dalam Pakej Rancangan Pembangunan Ekonomi Negara yang dilakukan beberapa kali oleh kerajaan selepas krisis matawang negara pada tahun 1997, isu pekerja asing ini tetap diambikira. Pada Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan pada Mei 2003, menyatakan secara jelas bahawa kelonggaran pengambilan warg asing sebagai tenaga pekerja hanyalah kepada mereka yang mempunyai kepakaran tinggi dan tiada kepakaran tempatan.

Agak menghairankan kenapa isu pendatang asing begitu heboh kini. Sedangkan jika penguatkuasaan ketat dan warga kita tidak begitu cerewet dalam pencarian kerja, tidak mustahil negara kita tidak dibanjiri warga asing yang banyak. Jika banyak sekali pun itu hakikat yang perlu kita terima untuk kita menjadi bangsa yang berdaya saing.

Seperkara lagi, begitu banayk warga kita yang diberikan pelajaran di negara luar, tetapi akhirnya mempunyai pandangan bahawa ‘lebih baik bekerja di negara luar’ berbanding kembali ke dalam negara untuk bekerja. Memang benar pengalaman luar perlu dicari tetapi sesetengahnya mencari ruang untuk menjadi penduduk tetap dan terus tinggal di negara orang. Walau bagaimanapun itu bukan masalahnya, untuk menjadi sebuah bangsa yang maju, kita perlu ada sebahagian daripada bangsa kita yang meneroka di negara luar. Kita boleh lihat orang-orang Cina, orang Korea dan Jepun keluar dari negara mereka untuk menjadi sebahagain dari ekonomi negara orang lain. Ini akan mematangkan bangsa namun sesuatu perlu dilakukan kepada mereka untuk mencurahkan bakti kepada negara yang bernama Malaysia ini. Ini adalah apa yang berlaku kepada negara seperti Great Britain di mana kebanyakan rakyatnya keluar atau melakukan emigrasi manakala orang luar melakukan imigrasi ke Britain. Ini merupakan trend apabila sesebuah negara maju di rantaunya.

Begitu juga kisahnya di Malaysia yang rakyatnya semakin banyak yang keluar tetapi orang-orang Indonesia menjengah ke negara kita. Adakah ini sesuatu yang tiada penyelesaian? Sudah tentu ada jawapannya tetapi dalam masa yang sama kita perlu menerima hakikat kita perlu bersaing dan mempunyai daya ketahanan yang kuat sebagaimana harapan Wawasan 2020 dalam cabarannya yang kesembilan: Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Memang agak sukar bagi kita melalui perkara ini tetapi kita perlu matang dan sentiasa matang (Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun) untuk menempuh permasalahan yang timbul akibat kebanjiran warga asing. Paling penting bagi kita, lihat diri kita sendiri, bukankah kehadiran mereka sebahagiannya berpunca daripada sikap kita juga. ? Usah sewenang-wenangnya menyalahkan orang lain, kerajaan ataupun warga asing. Lihatlah diri kita dahulu sedalam-dalamnya. Tidak rugi meluangkan waktu untuk berfikir kerana ia menyediakan tempat untuk kita melihat masa depan.

Namun bila terfikir-fikir, Kerajaan sekarang perlu bijak dalam menguruskan projek-projeknya. Terlalu banyak koridor ekonomi diperkenalkan tetapi siapa yang bakal menjananya. Siapa buruh yang bakal menggalas tugas pembinaan ini. Pada HE mereka perlu menumpukan pada satu koridor dan melaksanakan dengan jayanya sebelum beralih kepada koridor yang lain. Tambahan pula projek Wilayah Iskadar untuk menjadikan selatan Johor sebagai metropolis, adakah ia akan berjaya? Jika mahu berjaya, adakah ia mahu dibangunkan oleh orang kita atau bangsa lain? Kita perlu memikirkan masa depan, namun Kerajaan lebih perlu melihat masa hadapan negara dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, biarlah kita sendiri yang membangunkan negara kita dengan menjadi bangsa yang berdaya saing seperti keinginan W2020. Kerana jika bukan kita yang membangunkannya siapa lagi yang benar-benar ikhlas ingin membawanya ke puncak jaya.

Advertisements

4 thoughts on “>P.A.T.I

  1. >Arghh!!!. Pegi kedai mamak.. pelayanrakyat india.. pegi kedai tomyam.. ramai org thai.. nk ambik order pun terkotak-katik.. balik umah..penuh rakyat africa dan nigeria di Permai Seri Apt, Ampang..Bila isi minyak penuh ngan rakyat bangla..pegi keje plak.. cleaner semuanyer org myanmar.. dan bile pegi site utk keje luar di kawasan pembinaan Laguna Biru di Tasik Kundang Sg Buloh.. Penuh dgn rakyat Indonesia dari puak Madura dan Kalimantan…!!Kadang2 pelik sgt.. Malaysia ni negara ape?.. Shy dh tak rasa seperti negara shy.. Ada juga pernah shy bertekak dgn org Nigeria di kawasan rumah.. dgn penuh kurang ajar dia katakan.. Malaysian people are dirty..! And ape shy jawab?"hei dude.. u smell like shit"… "how long you have not taken ur shower"??.. At least we're hygiene..Dgn penuh bengang mamat tue mcm nak tikam shy aje.. Berlagak sombong dinegara org.. Arghh!.. kekadang shy rasa dok Mesia pun.. dah bukan mcm negara sendiri.. Malas nak cakap pasal bende2 bodoh nie.. Heran ek!.. ape tindakan kerajaan ttg perkara2 nie?.. Takkan nak dok diam lagik!..

  2. >perkara nie mcam tak der kesudahan…. lepas nie, mesti isu nie akan senyap camtu jer…lepas tu tgu lagi 2,3 tahun baru nak kecoh balik….tgk tak siri laporan kat buletin utama tv 3?…ader lebih 2 juta warga asing di malaysia…. bayangkan betapa ramainyaa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s