>Meraikan Aidilfitri di Jepun II

>Letihnya kudrat ini apabila membuat ‘rumah terbuka’. Baik bapanya, baik emaknya dan juga anaknya. Perancangan awal, pada hari kedua Syawal hendak melawat rumah rakan di Gyotoku, tetapi jiran di sebelah rumah mebuat rumah terbukanya, jadi terpaksalah membuat juga ‘rumah yang terbuka’ untuk tetamu jiran sebelah. Masakan HE mahu menutup pintu rumah sedangkan jiran-jiran yang datang juga adalah sahabat-sahabat HE.

Nasi Tomato, originally uploaded by hairieusoff.

HE putuskan untuk membuat makanan apa yang ada sahaja. Dengan selambanya HE sekeluarga lepak-lepak tetapi apabila sedar banyak perkara yang harus dilakukan, tergocoh-gocoh satu keluarga menyiapkan juga juadah pada hari tersebut.

Ayam Masak Merah, originally uploaded by hairieusoff.

Alhamdulillah. Hasilnya menu Nasi Tomato, Acar Buah, Ayam Masak Merah. Sambil itu, menu Syawal pertama juga diberikan iaitu Nasi Impit, Rendang Ayam Perak, Rendang Tok, Kuah Kacang dan kuih muih seperti Tart Nenasyang dibuat di Jepun dan beberapa kuih ‘import’ dari Malaysia.

Acar Buah, originally uploaded by hairieusoff.

Syukur kerana Lebaran ini, ibarat di Malaysia juga suasanayanya. Walaupun letih kerana tidak cukup tidur akibat kerap ke tandas malam sebelumnya, namun berjaya dilaksanakan juga ‘rumah terbuka’ ini.

ps: ramai yang sakit perut, kebanyakannya yang makan ayam semasa sambutan Lebaran di Taishikan (Embassy)

Advertisements

8 thoughts on “>Meraikan Aidilfitri di Jepun II

  1. >Salam. nampak sedap acar buah tu. minta resipi boleh? akak tak pernah makan acar buah. acar limau tahu ler… orang kedah kalau kenduri kawin ker, hidang acar limau.

  2. >salam aidilfitri dari asakusa…kali pertama jejak di sini – kebetulan terjumpa bila google tentang raya di jepun… rasanya ada ternampak zura masa raya di taishikan dan pernah berkenalan waktu sayonara bbq sblm ramadhan dulu…insya Allah akan selalu jejak ke sini lagi.yoroshiku ne.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s