>Meraikan Aidilfitri di Jepun

>

Jasri’s House, originally uploaded by hairieusoff.

Seawal jam 6.30 pagi, HE keluarga Aidi dan juga Khairudin, masing-masing kumpulan penduduk Shesowa dan Welshan keluar rumah menuju ke Kedutaan Besar Malaysia di Shibuya. Menaiki kereta api (densha) dengan berbaju Melayu dilengkapi sampin dan songkok serta wanita berbaju kurung menarik perhatian orang-orang jepun. Ada sesetengahnya berani menegur dengan menyatakan baju kebangsaan kita cantik. Mana tidaknya, masing-masing mamakai baju berwarna terang. HE berwarna Jingga dan keluarga Khairudin berbaju hijau pucuk pisang.

 

Embassy Landscape, originally uploaded by hairieusoff.

Sesampainya kami di stesyen Shibuya dan menaiki teksi ke kedutaan, maka ternampak beberapa orang berbaju Melayu dan berbaju kurung. Sahlah orang-orang malaysia mahu pergi ke Kedutaan Besar Malaysia. Ada beberapa rakan kami jumpa dan ada setengahnye dikenali tetapi tidak ingat dimana dan bila.

Densha Norikae, originally uploaded by hairieusoff.

Sembahyang Sunat Aidilfitri bermula jam 9.00 pagi. Rata-rata peljar-pelajar Malaysia sekitar Jepun dan wilayah sekitarnya. Tidak sangka HE, ramai betul rakyat Malaysia di sini. Walau bagaimanapun, sebahagiannya sudah menjadi rupa dan penampilan Jepun. Yang mampu disahkan mereka orang-orang Malaysia adalah kerana Baju Melayu dan Baju Kurung mereka. Tidak ketinggalan juga mereka yang bukan berbaju kebangsaan. Agaknya segan hendak memakainya di dalam keretapi.

 

Inside the Hall, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, HE merehatkan diri di dewan serbaguna Kedutaan sementara menunggu orang yang ramai mengambil makanan. Hampir beberapa ketika, kami beratur pula untuk mendapatkan makanan yang tentunya juadah rasmi Hari Lebaran seperti Nasi impit, kuah kacang, rendang dan kuih muih. Dimaklumkan, semuanya dibuat oleh isteri-isteri orang-orang di kedutaan.

 

After praying, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai makan di Kedutaan, kami menuju ke apartmen pegawai Kedutaan malaysia di sekitar Shibuya juga. Tentunya ke rumah En. Jasri. Sesungguhnya amat ramai yang datang. Mujurlah kami lebih awal datang. Tentunya kami dapat makan dahulu. Juadah yang disediakan adalah Mee Rebus dan lainnya seperti biasa. seterusnya ke rumah Redhaudin yang juga pegawai HRD. Oleh kerana ramai, tidak kita hendak menjamah dengan betul-betul. Sekadar merasa kata orang.

 

Nasi Rendang Ayam and Kuah Kacang, originally uploaded by hairieusoff.

Selesai di apartment Kedutaan malaysia. Kami dengan longlainya balik ke rumah. Dan pastinya, rehat yang dinginkan secukupnya. Satu pengalaman yang menarik dan akan kekal menjadi ingatan sepanjang hayat. Minal aidil wal aidzin.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s