>Projek Angkawasan Negara

>Hebantnya pemikiran seorang bernama Tun Dr. Mahathir dalam memajukan minda rakyat dan juga industri baru bagi negera ini iaitu industri Angkasa Lepas. Jika dahulu, beliau memperkenalkan projek Kereta Nasional, kini realisasinya seorang Angkasawan Negara mencerminkan betapa jauhnya pemikiran mantan Perdana menteri itu.

Kita tahu bahawa projek Angkasawan ini adalah projek yang pertama seumpamanya kerana ia dibuat dengan perjanjian timbal balik pembelian 18 jet pejuang Rusia iaitu Sukhoi SU-30 MKM yang bernilai 3.4 billion. Kontrak yang dibuat pada Ogos 2003 sebelum beliau bersara itu dilihat sebagai satu kemajuan pada masa depan kerana ia akan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara yang mempelopori bidang ini. HE rasa jika projek-projek sebegini mungkin sukar kita imagin pada era kali ini. Yang ada hanyalah koridor-koridor di sana sini.

Projek ini, sangat signifikan dengan sambutan ulangtahun ke-50 kemerdekaan dan ia memberi satu impak dalam keyakinan rakyat bahawa apa juga yang ingin dilakukan, ia mampu dilaksanakan jika dibuat dengan tertib dan teratur. Mungkin ada kalangan kita khasnya mereka yang merasakan projek ini ‘hampas’, kerana menganggap angkasawan yang dipilih hanyalah pelancong ke angkasa sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa orang terkemuka dalam dunia perniagaan di dalam kapal yang sejenis dengannya iaitu Soyuz.

Khabarnya penerbangan menggunakan roket Soyuz dijadual penh sehingga tahun 2009. Mereka ini adakah dikategorikan sebagai space tourist. Walau bagaimanapun, apa juga gelaran yang diberikan, yang penting projek mencari calon ini dapat dimanaatkan dengan pelbagai perkara. kita patut melihatnya dari sudut positi dan jangan hanya menidakkan usaha orang lain.

Dengan adanya program ini, kita sudah ada satu buku garis panduan perkara-perkara ibadat di angakasa lepas sebagaimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Seperkara lagi, pengalaman ke angkasa yang bakal dimiliki Dr. Muszaphar boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mengembangkan bidang sain angkasa lepas. Mungkin, hasil dari menjadi ‘pelancong angkasa’seperti diuar-uarkan sesetengah pihak ini, kita boleh menjadikan industri angkasa lepas sebagai tarikan pelancongan baru negara. Jika Jepun sedang dan giat dalam pembangunan kenderaan untuk lawatan ke angkasa lepas, ada juga kemungkinan bagi kita mempunyai hala tuju yang sama. Ketika ini Jepun sudah pun memulakan projek pemabangunan kenderaan ke angkasa bagi tujuan lawatan dan pelancongan iaitu Kankoh-Maru. Jawatankuasa yang dimulakan pada tahun 1993 itu cuba mengkomersilkan penjelajaan angkasa dan bukan lagi untuk tujuan penyelidikan semata-mata. Mereka memulakan idea ini dengan impian dan merealisasikannya dengan kajian. Kita berharap pemergian angkasawan kita bermula juga dengan impian dan memberikan pengalamannya utuk merealisasikan kejayaan dalam bidang yang diinginkan negara.

HE berharap orang kita sentiasa berfikiran positif. Usah memperlekehkan usaha orang lain kerana diri kita tidak melakukan apa-apa tetapi sekadar membuang air liur semata-mata. Jangan jadi tin kosong yang bising tetapi tiada apa-apa makna. Berfikirlah secara terbuka.

Advertisements

One thought on “>Projek Angkawasan Negara

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s