>Bila Ada Nafsu Amarah Yang Menguasai

>Ada dua pautan yang menceritakan dua kisah, kedua-duanya dari negara rantau sebelah sini.

Pautan Pertama – http://www.youtube.com/watch?v=Vx7a8pCTeN4

Pautan Kedua – http://www.youtube.com/watch?v=ZRmOibAEDGQ

Pautan pertama di negera kita dan pautan kedua di negara pemegang hadiah nobel keamanan.

Kedua-dua kisah ini mencerita keganasan manusia apabila amarah menguasai diri. Apabila ketidak puasan hati disampaikan melalui pergerakan tubuh badan, maka ia akan menjadi tragedi. Kisah keduanya bermula dengan agama dan kemudian menjadi bencana. Padahal agama sentiasa mengajak kepada kebaikan dan keamanan namun sebaliknya apabila nafsu beraja di jiwa, kita akan hanya bermain dengan fizikal agama tetapi nalurinya amarah dan nafsu beraja.

Entri ini bukan mahu menuduh atau menuding atau membangkitkan amarah tetapi apabila terpandang dunia,HE terpandang juga kepincangan manusia. Biarpun manusia inginkan keamanan, manusia juga yang cuba memporak perandakan keamanan. Hasilnya inilah dia rusuhan baik di Malaysia mahupun Myanmar, baik jauh dan dekat, manusia apabila bernafsukan amarah yang pada tahap kemuncak, maka akan hilanglah kawalan diri.

Sejarah kerap bercerita, malah di dalam agama, baik di dalam Al- Quran mahupun di dalam Bible, kisah Qabil dan Habil atau Cain dan Abel merupakan kisah pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Pembunuhan Habil oleh Qabil menyingkap isu kemarahan manusia yang membawa kepada pertumpahan darah. Matinya Habil kerana Qabil marah kepada adiknya Habil disebabkan pengorbanan Habil diterima oleh nabi Allah Adam sementara pengorbanan Qabil ditolak. Kisah dari Surah Al Maidah itu jika dihayati memungkinkan kita untuk berpaling daripada dua video youtube di atas. Namun, kita manusia yang diberikan nafsu, maka jika kita tidak mengawalnya, beginilah jadinya.

Signifikan kehadiran Ramadhan, menyediakan kita platform latihan setiap tahun untuk mengawal nafsu, bukan sahaja nafsu makan tetapi nafsu marah yang kerap membuak ibarat getir panas maha hebat Neraka Jahanam. Jadi di sini tempatnya kita pangku keampuhan pegangan kita terhadap agama dan bersedia menidakkan rasa marah untuk membantu kita menjadi manusia waras. Amin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s