>Sambutan Rakan Baru Di Jepun

>Kala Ramadhan sedang berada semakin di kemuncak, ada 15 orang bersama keluarga masing-masing meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Jepun ini hasil tajaan JPA sama seperti HE. Maka orang-orang terdahulu seperti HE, wajiblah secara tradisinya untuk membuat ‘sambutan’. sambutan dalam ertikata membantu mereka melalui kehidupan baru.

Di Stesen Keretapi, originally uploaded by hairieusoff.

 

Mereka hadiri di sini ibarat sebuah kehidupan yang baru maklumlah tempat yang begitu asing dengan mereka malah sangat berbeza budaya. Serba serbi perlukan peralatan baru. Tugas HE dan rakan lain yang dikategorikan sebagai ‘Sempai’ (senior), akan membawa mereka membeli peralatan rumah (seperti peti ais, mesin basuh, dapur, lampu, pinggan mangkuk dan sebagainya), membawa mereka ke pejabat kerajaan tempatan (city hall), ke sekolah bahasa dan ke Kedutaan. Ini adalah tugas tradisi dan akan dilakukan setiap kali datangnya rakan baru.

Introdusi, originally uploaded by hairieusoff.

Selain daripada itu, setiap daripada kami akan diberikan anak angkat untuk diberikan makan pada malam pertama sesampainya mereka di sini. Maklumlah mereka ini tiada dapur dan perlatan rumah untuk memasak, jadi sempai akan menyediakan makan malam mereka. dalam kes HE, majlis berbuka puasa untuk mereka dan juga juada bersahur. Hampir seminggu berbincang dengan rakan sebelah rumah, dan kami bersetuju untuk membuat ‘joint venture’. Kos lebih murah!. Keluarga angkat kami akan makan di rumah HE dan bersolat di rumah jiran HE.

Isteri HE dan isteri jiran HE bersetuju untuk menyediakan makanan masing-masing dan hasilnya adalah menu seperti berikut:

  • Menu rumah HE

    • Tomyam Campur
    • Kari Kepala Ikan
    • Kailan Ikan Masin
    • Kuih Karipap
    • Kek Cokelat (Vegetarian)

  • Menu rumah jiran HE

    • Sup Miso Cendawan Kinoko
    • Kerabu Terung
    • Ikan Goreng Kicap
    • Kangkung Belacan
    • Puding Karemel

Pada sebelah malamnya selepas semua telah makan dan berborak panjang, mereka pun balik, isteri-isteri kami pula sebuk menyediakan bahan untuk bekalan sahur. Memang taihen (di dalam bahasa Melayu; dasyat atau teruk) keadaan mereka. Maka sahur rumah HE beri nasi goreng ikan masin dan jiran HE buat mi goreng.

Program menyambut rakan baru ini berlangsung seminggu. Semasa HE dihubungi bapa, HE maklumkan HE mungkin agak sibuk kerana bakal menyambut orang baru. Hendak tergelak rasanya bila bapa HE mengucapkan tahniah!. Cepat-cepat HE jawab, bukan ‘orang baru’ itu. Agaknya sudah mahu cucu yang kedua. Tapi nampak gaya belum ada rezeki lagi. Manusia boleh merancang tetapi tuhan juga menentukan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s