>Anuar Zain – Anuar Zain 2007

>Pada mulanya malas hendak melakukan CD Review yang pernah HE lakukan dahulu tetapi tergerak juga tangan ini memandang HE dapat mendengar lagu Melayu yang baru dari Malaysia. Sudah tentu ia dalam bentuk mp3 kerana hendak membeli di Jepun ini memang tidak ada kecuali album-album Siti Nurhaliza di HMV di Shibuya. Tengoklah jika ada rakan-rakan yang boleh bantu HE menghantarkan CD ini ke Jepun.

Anuar Zain tampil dengan album Anuar Zain 2007 setelah menampilkan dua album dengan nama sendiri masing-masing terbitan Warner Music Malaysia dan Synchrosound Music. Album tahun 2007 ini nampaknya lebih laris dengan adanya kontroversi yang mengatakan di dalamnya melebihkan komposer Indonesia. 7 daripada 10 lagunya di’import’ dari Indonesia dan selebihnya komposer Malaysia. Apa hendak dihairankan, sebelum ini Siti Nurhaliza di dalam album Transkripsinya menampilkan 5 daripada 13 buah lagu komposer Indonesia. Malah lebih hebat Sheila Majid tampil dengan album Cinta Kita yang diterbitkan oleh Warner Music Indonesia yang hampir keseluruhannya produksi di sana. Sesuatu yang kita perlu ingat. Jika kita rasa diri kita atau muzik kita adalah muzik yang bagus, kita tidak perlu dipromosikannya malah orang akan datang mencari kita. Masalahnya, orang kita terlalu berpegang kepada sejarah. Kita mempunyai sejarah yang baik dalam industri muzik kerana mempunyai P.Ramlee, SheilaMajid, Search, Iklim, Siti Nurhaliza yang menembusi pasaran Indonesia dan kita masih merasakan produk kita bagus. Malangnya orang seberang juga meningkatkan ilmu dan produk industri mereka, malah apabila mereka lebih bagus, kita pula masih merasakan diri kita tetap yang terbaik walaupun berada di tahap sama. Oleh kerana itu kita akan cepat melenting apabila penyanyi kita mencari material di seberang. Komen HE bukan bermakna tidak patriotik atau mengagungkan yang luar. Cuma HE rasa orang kita patut berfikiran terbuka dan menyelami diri apakah memang benar industri kita bagus? Atau kita sekadar industri menerbitkan album kompilasi sahaja?

Berbalik soal album Anuar Zain ini. Berbekalkan duit sendiri menerbitkan album, pada HE tidak salah untuk dia memilih lagu yang dia suka. Ini kerana, dalam penerbitan album,  kita pasti mahu menjadikannya yang terbaik. Maka untuk memberikan yang terbaik kita perlu menyukai apa yang bakal kita lakukan. Anuar Zain memilih lagu yang dirasakan baik dan diminatinya supaya dia dapat mempersembahkan yang terbaik. Justeru, barulah lagu itu dapat dihayati dengan baik. Malah ia juga telah menepati konsep album yang hendak diketengahkan Anuar pada kali ini.

Kita kerap melihat artis luar negara mendapatkan lagu mengikut konsep dan memilih lagu yang dikehendakinya mengikut citarasanya dan mengikut aliran nalurinya bukan mengikut naluri pasaran semasa. Ini kerana jika mengikut pasaran semasa, penyanyi mungkin tidak dapat memberikan perasaannya terhadap lagu dan akhirnya lagu akan semata-mata produksi syarikat rakaman. Artis luar negara seperti Jewel, Madonna, Tim Mcgraw, Gloria Estefan menyanyikan lagu yang senang dinaluri mereka walaupun konsep album mungkin ada sedikit bertukar dari segi susunan lagunya.

Anuar Zain 2007 menampilkan 10 lagu yang boleh HE simpulkan sebagai sentimental dan strings. Sebuah album romantis ala Harvey Malaiholo. Pada keseluruhan album ini kita sudah melihatkan kematangan pada Anuar Zain dalam menyampaikan lagu. Suaranya lebih simple tetapi masih bertenaga. Album sebelumnya, pembuktian suara pada tahap-tahap tertentu khasnya nada tinggi cuba diketengahkan. Kali ini kerap kali menampilkan kekuatan sustaianable voicenya. Malah pengujian suara pada nada rendah dilebihkan.

Lagu-lagu seperti I’m Lucky One yang mendahului runut berdayu perlahan dengan persembahan orkestra sama seperti Ketulusan Hati. Kedua-dua runut ini menarik perhatian HE kerana persembahan muzik dan juga vokal Anuar. Muzik dan suarnyaa sama-sama developed seiringan sehingga ke akhir lagu. Ia amat jelas kelihatan ada synchronism malah ia wujud juga terhadap pendengar. Kedua-duanya merupakan kegemaran HE.

Tinggalkan Aku merupakan tipikal muzik Anuar Zain tetapi mengambil sedikit elemen pop RnB ala Ruth Sahanaya versi era Keliru dan Kaulah Segalanya. Namun komposisi lagu ini bakal menangkap pendengaran industri Malaysia dan ia mungkin akan menjadi single kedua Anuar selepas Lelaki Ini.

Kau Bunga Cintaku dan Jangan Pernah Lagi merupakan dua runut yang boleh dikategorikan sedikit upbeat dan sekurang-kurangnya menampilkan ritma ceria di dalam album ini. Kau Bunga Cintaku seperti ada signifikan dengan laris kisah percintaan Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Siclair ketika ini. Jangan Pernah Lagi pada HE sangat santai. Elemen trompet kerap kali menceriakan lagu sebagaimana lazim dalam lagu lagu Caribbean dan lagu era 70-80an.

Lagu-lagu lain seperti Lelaki Ini, Bidadari dan Hanya Milikimu mempunyai kekuatan dalam persembahan strings dan elemen itu ditekankan sepanjang lagu. Tetapi Lalaki Ini lebih mendominasikan unsur orkestra dan koir dalam lagu tersebut. Jarang kita dengar lagu seperti ini. Kita pernah mendengar Siti Nurhaliza untuk meng’string’kan album Safanya tetapi malang sekali ia cuma mainan-mainan keyboard. Bidadari menampilkan cabaran suara rendah Anuar dengan hela-hela bisikan dan ia seuatu yang menarik, sayangnya gaya lagu dan susunan lagu ini begitu biasa dan kerap kita dengar. Malah ada sedikit persamaan elemen-elemen dalam lagu Ratu nyanyian Sheila Majid di dalam lagu ini dan menjadikan ia sedikit ‘basi’.

Teman Terulung merupakan buah tangan terakhir di dalam album ini dan boleh dikatakan ia sebuah melodi Malaysia yang tipikal. Mungkin ada perbezaan dalam susunan muziknya yang menjadikan ia sedikit berbeza. Walaupun begitu, hasil Anuar Zain untuk kali ini tidak mengecewakan kita. Sekurang-kurangnya dia melempiaskan wangnya demi kepuasannya dan melalui kepuasannya itu kita memperolehi album ini dari Anuar Zain yang sebenarnya dan bukan dari aspirasi sesebuah syarikat rakaman. Tahniah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s