>AE2007

>Asalnya, selepas menonton Anugerah ERA semalam, hendak membuat komentar tentangnya. Walau bagaimanapun, hati berkata,

“Sudah bukan masanya bercerita tentang artis dan pakaiannya, persembahan dan pitchingnya dan keputusan yang telah dijangka lazimnya”

Namun, bila teringat saat-saat dahulu apabila blog dijadikan ruang untuk meluahkan pandangan peribadi tentang dunia hiburan tanah air, merasakan hati begitu mahu tertawa sendirian. Adakah itu aku suatu ketika dahulu? Ya, itu ialah aku dan aku yang itu masih ada lagi namun ia bukan sesuatu yang segar seperti dahulu. Mungkin usia mempengaruhi atau waktu untuk digelumanginya sudah kurang.

Apabila menonton AE semalam, hati merasakan persamaan sepanjang tahun. Perkara yang sama , adakalanya bermaksud baik dan ada kala bermaksud kurang baik. Jika perkara berulang itu berlaku selalu dan dikategorikan sebagai Malar Segar, ia adalah baik, tetapi apabila ia dirasakan sebagai Jemu , maka ia dikategorikan sebagai tidak baik.

AE 2007, masih sama seperti dahulu. Walaupun ada anugerah baru tetapi, pengendalinya masih syok sendiri, sama seperti tahun-tahun dahulu ia mula digerakkan. Ia hanya sekadar sebuah persebahan majlis anugerah yang keputusannya dibuat oleh bukan profesional tetapi populatiti nasional. Itu tidak mengapa kerana Anugerah Berita Harian dan konsep sepertinya lagak American Music Awards dan MTV Awards sudah banyak dilakukan. Yang pasti kelainannya adalah Anugerah ini adalah majlis keseronakan sendiri penyampai-penyampainya. Dalam ertikata yang lebih mudah, Anugerah Syok Sendiri.

Saban tahun, majlis ini dilembarkan bersama tema tertentu dan ia cuba ditonjolkan tanpa disedari, kita tidak memahaminya. Tahun lalu dengan tema fesyen-fesyen dan tahun ini tema muzik zaman dulu tetapi dengan elemen-elemen moden. Minta maaf, mungkin HE orang yang dangkal tentang perkara tersebut. Yang pasti maksud mereka tidak sampai kepada HE.

Walaupun begitu, saban tahun, ada perkara yang menarik tentang AE adalah penggunakan teknologi animasi dan grafik 3 D yang jarang diaplikasikan oleh penganjuran lain. Tidak semua di dalam sesuatu perkara itu buruk, maka AE ada juga kebaikannya dan untuk itu sekalung tahniah. Cuma pada tahun hadapan HE rasa jika AE hendak menjadikan majlis ini gila-gila seperti MTV Awards, tidak perlu ada tema tertentu kerana gila-gila itu begitu luas.

Advertisements

3 thoughts on “>AE2007

  1. >HE..line-up artist dia.. cam siotkan..dh laa penyampai ada yg kuar 2-3 times.. tk cukup artist ke kt mesia nie.. pastue si zizi kuar dr atas bergayut.. isskk.. badan dh laa mcm nangka busuk.. kalo berdebab.. haiyoo!.. boring award tue… teramat2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s