>Jujur

>Lagu berjudul jujur nynyian Radja yang saban waktu berkumandang di corong radio kita kira-kira awal tahun ini tiba-tiba menangkap memori HE. Asyik sekali mendengar bait-baitnya di dalam Ipod kala menharungi ‘rush hour’ dan kesesakan manusia di dalam keretapi metro Tokyo, manakala di tangan memegang Reader Digest yang dipinjam daripada sahabat. Sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu sebuah artikel berjudul The Reader’s Digest Global Phone Test.

Artikel ini mencari jawapan  bagaimana jika seseorang kehilangan telefon dan adakah mereka akan menjumpai semula telefon mereka. Adakah orang menjumpai telefon mereka akan memulangkannya. Kajian rambang ini, walaupun tidak begitu tepat tetapi kita boleh melihat corak sikap penduduk di bandaraya terbabit.

 

Kajian rambang tersebut menyediakan 30 buah telefon dengan harga berjulat sederhana di 32 buah bandaraya termasuk Kuala Lumpur. 30 telefon selular ini sengaja ditinggalkan di tempat awam dan nombornya akan dipanggil semula kemudian untuk melihat reaksi orang yang menjumpainya. Malang sekali dari pada 30 telefon yang ditinggalkan, 43% sahaja dipulangkan.

Mungkin banyak faktor yang menjadikan keputusannya sebegitu. Ada kemungkinan bukan rakyat Malaysia yang menjumpainya, mungkin orang Indonesia, Filipina, Bangladesh dan sebagainya. Walau apa juga keputusannya, ia mencerminkan Kuala Lumpur mempunyai insan yang tidak jujur kepada orang lain dan sanggup mengambil hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Signifikannya, baru beberapa minggu yang lepas, adik HE telah kehilangan telefon selularnya walaupun telefon itu berada di dalam poket seluarnya semasa mengunjungi sebuah pusat membeli belah di ibu negara. Satu lagi tanda betapa kemaruknya sebilangan manusia di bandaraya kita yang menidakkan kejujuran demi meterialis.

Tidak hairanlah kita masih ada masalah Tonto yang kerap diberitakan di Televisyen. Kisah Tonto membaling bom petrol di rumah penguatkuasa dan sebagainya mencerminkan sebahagian daripada orang kita kurang jujur demi wang dan meterial. Sanggup mencuri hasil orang lain untuk kepentingan diri. Maka tidak hairanlah VCD atau DVD menjadi perniagaan yang membawa keuntungan berlipatganda bagi mereka.

Manusia ini manusia yang tidak merdeka dan tidak mengerti erti kemerdekaan kerana dirinya belum dimerdekakan dari nilai-nilai haloba dan ketamakan yang melampau.

Advertisements

2 thoughts on “>Jujur

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s