>Perkhemahan di pinggir Fuji

>Lewat cuti musim panas ini, HE dan rakan pergi berkhemah atau lebih senang kita menyebut camping di kaki gunung Fuji. Pemergian HE dan keluarga adalah saat-saat akhir apabila Aidi san dan Sabariah San terlebih dahulu merancang trip ini. HE sempat masuk dengan menempah tempat berkhemah sebagaimana di’assign’kan oleh Aidi san.

wajah Fujisan dari Lebuhraya Tomei

Susur keluar ke Susono, tempat bkhemah

Memulakan perjalanan selepas menyewa kereta sehari sebelum itu, pada jam 5 pagi bertolak ke Susono daerah Shizuoka. Jalan agak tenteram tetapi selepas melepasi sekitar Yokohama, jalan mula sesak dengan kereta. Dalam terik mentari, kami sampai ke destinasi dituju dan kala itu Fuji san melemparkan wajahnya dengan carit-carit saljinya.

Papan tanda di pintu masuk Kodomo no Kuni

Adia dan Danish, anak Sabariah san

Sekitar Kodomo no kuni

Di sana sebelum memulakan perkhemahan kami ke Fuji Safari yang berada berhampiran dengan kawasan perkhemahan. Sempat juga melihat kegembiraan anak dan emak kepada anak memberikan bintanag-binatang buas makan. Satu pengalaman yang menarik untuk dijadikan kenangan di sini, kalian boleh ke sini untuk merasai kehidupan hidupan hutan mahupun savana.

Bersiap sedia untuk melihat binatang buas dia atas bas khas

Beri singa makan ayam.

Kawai

Sebelum melakukan lawatan ke Safari, sempat juga menyinggah di Kodomono kuni atau Children’s World. Di situ adalah tempatnya kita memberikan anak-anak kita melakukan aktiviti-aktiviti yang pelbagai. Dari berkayak, berbasikal, berkebun, bertani dan sebagainya, cuma HE tidak punya waktu. Di situ seharusnya memerlukan waktu sehari suntuk untuk membiarkan anak-anak melakukan aktiviti. Kami hanya menaiki kereta yang membawa kami di sekitar kawasan tersebut dan dalam cuaca yang panas, kami seperti duduk di dalam oven.

Petangnya barulah kami pulang semula ke Onoji Camping Site. Di situ baru lah kami memasang khemah. Macam-macam kisah berlaku. Sabariah san, lupa membawa khemah dan mujur dapat menewa khemah di situ. HE pula membeli khemah yang tidak berlantai tetapi mujur membawa lapik dan sleeping bag.

Kala pagi

Mentari terbit

Pada malamnya, kami cuba untuk menyalakan bara api untuk membuat BBQ tetapi hampir 3 jam masih tidak menyala. Arang yang dibeli berbeza dengan arang di negaa kita dan mungkin cara nyalaannya berbeza. Maka jam 10 baru boleh menjamah makanan sedang orang lain sudah mula mahu tidur.

Sepanjang malam, tidur dengan nyenyaknya, tambahan pula HE hanya tidur 1 jam sahaja sehari sebelum itu kerana berkemas barang dengan isteri. Bangun pagi melihatkan keadaan fajar menyingsing, sungguh mengharukan. Indahnya alam. Kagumnya ciptaan tuhan. Suatu ketika dahulu tempat itu diliputi lava merah mengalir dan kini menjadi satu panorama yang indah.

Khemah dan keret yang disewa

Kala mentari sudah menjengah ke dada langit, kami berangkat pulang dan menuju ke Gotemba Premium Outlet iaitu, kawasan beli-belah barangan berjenama dunia yang dikatakan terbesar di dunia. Tidak ada apa-apa yang dibeli cuma HE membeli kasut seperti yang diingini sebelum ini. Akhirnya tercapai juga hajat.

Sebelum pulang kami singgah sebenatar ke Hakone untuk melihat kawasan yang dikatakan berbkit-bukit itu. Memang selayaknya ia dilawati di kala Musim luruh kerana pada hemat HE pokok maple begitu banyak di sana dan ia pasti akan tampabah indah ketika itu. Hampir ke penghujung hari, kami pulang, dan menjadi tanda tanya, kenapa HE sakit perut. Mungkin ada makanan yang tersilap dimakan. Walaupun sakit perut, masih mampu membawa kereta sehingga ke destinasi. Berkat kesabar itu mengajar HE, betapa perit keadaan yang kita lalui, kita akan mencapai kejayaan jika kita fokus kepada perkara yang kita lakukan.

Advertisements

5 thoughts on “>Perkhemahan di pinggir Fuji

  1. >Tanoshikatta… mijikakatta kedo… chou tanoshikatta desu… Mata doko ka ni… camp shimashou ne ;-)Arigatou Papa…Mama & Adia… ureshi desu

  2. >kitaorang pun gi camping gak tapi tepi laut…best sebab angin laut dan suasana aman.. cuma dengar deruan ombak….lepas nih trylah camping tepi laut ya….dah ada khemah tuh senang lah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s