>Bom

>Di Nagasaki, pada hari ini, berkabung memperingati kesuraman kisah 62 tahun dahulu apabila ‘Fat man’ dijatuhkan untuk membunuh 74,000 manusia dalam sekelip mata. Tiga hari sebelum itu, 6 Ogos 1945, ‘Little Boy’ dijatuhkan untuk meranapkan Hiroshima semata-mata ingin menunjukkan kekuasaan dengan hilangnya 70,000 nyawa secara mendadak.

Jika melihatkan video di TV, bagai hendak putuskan sahaja urat leher setiap Presiden negara Uncle Sam itu. Kerana sejarah dunia dan sejarah perang, sentiasa selari dengannya sehinggalah hari ini.

Walau buruk sekalipun, kerakusan Jepun menakluk Asia termasuk negara kita, tetapi bukan dengan cara menafikan hak manusia lain untuk hidup dengan melemparkan bom atom. Tidakkah kita dapat merasakan keperitan api yang membakar daging kita. Tidakkah dapat kita gambarkan apa bila letupan itu melewati badan kita, dan badan kita hangus tidak berbaki?

Gambarkan itu mungkin diri kita, keluarga kita atau orang yang kita kenali. Tidakkah hati merasa hiba? Usah sekali-kali membiarkan hati menjadi besi yang berkarat seperti tetuan utama di negeri Barat. Bercakap besar tak kenal tempat namun isinya melukut nan merempat.

Hisroshima dan Nagasaki, menifestasi keangkuhan peribadi seorang manusia yang tidak mengenal duka dan nestapa. Lantas membiarkan orang lain yang merana. Persetakankan!!!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s