>Panas

>Lewat minggu ini, kerap pula HE berYM, dan tiada lain pertanyaan orang;;

“Apa macam negara orang?”

“Ah! Panas. Lebih panas dari Malaysia”

Terasa HE bagai tidak mensyukuri. Ketika berada di Malaysia, pernah terhambur di mulut ini, Malaysia ini panas betullah! Pada ketika itu sedang HE menongkah langkah dari blok pentadbiran Parcel E ke Alamanda Putrajaya, memang menusuk terus panas terik dari hujung rambut ke ubun-ubun. Sesekali apabila air peluh menitis, hendak sahaja mengeluh panjang.

Nah! sekarang kau dapat rasakan kepanasan versi baru. Kepanasan kering. kepanasan yang bahangnya terasa membakar kulit. Kepanasan ini betul menginsafkan HE dan meletakkan kesyukuran dalam apa yang kita perolehi. Kerana apa? Kerana bukan semua orang boleh memiliki apa yang kita perolehi sekarang. Bersyukurlah!

p/s: Petua meghilangkan dan melegakan daripada kepanasan cuaca:

Menghilangkan Panas Badan

Ada petua yang sering diamalkan iaitu meminum air belimbing yang ditapis. Hanya perlu ambil buah belimbing dan dikisarkan bersama-sama sedikit air. Kemudian ditapis airnya sebelum diminum. Ada juga yang suka meminum sekali dengan serat-seratnya.

Cuaca panas

Jika tekak anda berasa perit dan tidak selesa, kerana cuaca terlalu panas, anda bolehlah berkumur dengan air garam sebanyak dua kali sehari.

dan;

1. minum air asam jawa campur gula melaka
2. minum air biji selasih
3. minum air getah anggur + kembang semangkuk + halwa kundur..sedapnya

2 thoughts on “>Panas

  1. >nak cari air belimbing satu hal pulak…minum air teh panas atau suam aja…insyaallah kurang sikit panasnya…memang kepanasan di jepun ni sangat kering…humidity nya boleh mencecah sehingga 84 %. Bersyukurlah kita hidup di Malaysia…panas tapi tetap segar dan nyaman

Tinggalkan komen