>Bunga Api (花火大会)

>Bunga Api atau Hanabi dalam Bahasa Jepun (Hana bermaksud bunga; dan Bi bermaksud Api), adalah pertunjukan setiap tahun semasa musim panas. Orang-orang Jepun dengan berYukata (Kimono musim panas) pergi ke kawasan lapang khasnya tebingan atau sisir sungai untuk menyaksikan pertunjukan bunga api atau Hanabi Taikai.

Pertunjukan bunga api yang terkenal adalah berdekat dengan Asakusa kerana ia mempunyai sejarah yang panjang. Asalnya pertunjukan bunga api adalah untuk menggembirakan orang-orang miskin khasnya ketika zaman krisis ekonomi. Malah ia juga perayaan untuk memperingati orang-orang yang sudah tiada. Kini ia lebih komersil dan bertujuan pertandingan antara kumpulan, sekali gus menjadi daya tarikan pelancong.

 

HE cuba untuk  pergi ke Pertunjukan Bunga Api di Sumidagawa berdekatan dengan stesyen Ryogoku (Line Sobu) pada 28 Julai 2007 yang lalu tetapi melihatkan manusia yang berasak-asak dan seperti semut menggongong makanan, HE berangkat ke bangunan Sunshine 60 di Ikebukuro untuk melihat bunga api. Sayang, terlalu jauh.

 

Maka pada kali ini HE pergi berdekatan dengan Edogawa, iaitu berhampiran dengan rumah HE. Janji temu isteri HE dan rakannya di Jepun ini sejak sebulan yang lalu hampir tidak menjadi kerana anak HE malas hendak keluar (berkemungkinan cuaca yang panas). Dari stesyen keretapi Moto Yawata, berjalan kaki ke tebing sungai, acara baru bermula. Sempat duduk dan menonton persembahan bunga api. Tiada apa yang menarik kerana di Malaysia juga kita boleh melihat perkara yang sama.

 

Dari awal tahun hingga ke perayaan-perayaan utama seperti Citrawarna, Seambutan hari Kebangsaan, Bulan Pesta Air dan sebagainya, semuanya ada pertunjukan bunga api. Apa hendak dihairankan. Di negara kita ada lebih lagi, bukan satu musim malah setiap bulan.

Advertisements

2 thoughts on “>Bunga Api (花火大会)

  1. >kat mana lepak ni nampak tiang tiang elektrik. Tapi gambar memang cantik dan kami juga tak sempat nak tenok hanabi kat Sumigawa tu kerana masa tu kena viva. Semalam kami pergi ke Motoyawata bersama keluarga Che lee dan Keluarha Sabariah bersantai bersebelahan sungai Edogawa bertentangan dengan bandar Matsudo.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s