>Bunga Musim Panas

>Kerap kali musim panas menjelma, di Jepun, orangnya amat gemar melawat ladang bunga Matahari atau Sunflower. HE pun mempunyai hajat yang sama tetapi ah! klise. Maka pada awal bulan Mei lepas HE memang sudah bercadang untuk untuk pergi ke Hokkaido. Kenapa ke Hokkaido? Kerana di sana ada bunga lain yang menanti pada musim panas dan cuti musim panas. Bunga yang HE maksudkan adalah bunga Lavender.

Lavender membaluti tanah Tambara

Sayang seribu kali sayang, HE batalkan niat ke Hokkaido kerana menurut agen pelancongan mahupun berita di TV, menyatakan, pada tahun ini orang-orang Jepun tertumpu ke Hokkaido dan belanja menjadi mahal di Hokkaido. Pelan kedua HE untuk menggantikan Hokkaido adalah Hakone tetapi rata-rata menyatakan tempat tersebut lebih sesuai dilawati semasa musim luruh kerana pada ketika itu daun-daunnya berwarna-warna menyalui denai-denai taman astakonannya.

Berhati-hati di taman ini kerana lebat agak banyak

Maka sebagai pengakhirannya, HE memilih kawasan resort ski ternama di Wilayah Gunma iaitu Tambara. Pada musim panas sebegini, Tambara mempamerkan keindahan bunga-bungaan Lavender. Pemergian seharian itu bermula dengan keretapi ekspres terhad ke Numata dan sejurus itu melewati kawasan pergunungan daerah Numata sehingga ke Tambara dengan menaiki bas. Walaupun gerun dengan kecuraman dan ketinggian namun Tambara memberikan satu pengalaman baru kepda HE kerana buat pertama kalinya HE memakan aiskrim berperisa Lavender. Jika kalian ingin merasakannya. boleh mencubanya. Klik pautan di sini untuk resepinya. Resepi Aiskrim Lavender

Adia dan mama di tengah lautan Lavender

Menariknya bunga Lavender ini bukannya kerana warna violetnya, tetapi hasil yang mampu diberikannya. Kita kerap membaca tentang Lavender dijadikan sebagai terapi aroma. Pada zaman dahulu, kebanyakan wanita Inggeris menggunakan Lavender untuk menjadi perisa minuman sebelum tidur kerana ia mengeluarkan bau untuk menenangkan tidur.

Gembiranya, walaupun panas…

Ada juga mengatakan Lavender boleh dijadikan pelega sengatan serangga malah ia juga dijadikan sebagai lapisan anti-kelecuran. Lihatlah kebesaran tuhan, dari keindahan warna-warna violetnya, Lavender menyimpan seribu satu rahsian di dalamnya. Hanya kita manusia yang perlu berusaha mengkajinya dan meneroka khazanah Tuhan yang Maha Esa.

Di pintu masuk Tambara Lavender Park

Advertisements

5 thoughts on “>Bunga Musim Panas

  1. >Kita orang tak sangguplah nak pergi jauh jauh semata mata nak tengok Lavender tu…nak rasa sikit bunga Lavender tu pun jadilah di Inage Kaigan..dekat aje…masuk pun free…tapi yang ni luas sungguh kawasan Lavender nya..boleh bayangkan betapa harum nya kawasan ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s