>Tokyo Disney Sea

>Memulakan cuti musim panas ini, HE dan keluarga pergi ke Tokyo Disney SEA pula selepas Disneyland pada musim bunga yang lepas. Jika kalian pergi ke Disney Sea, semestinya kalian tidak akan dapat bermain semua permainan ataupun pergi ke semua persembahan. Maka, kalian perlu putuskan sama ada untuk bermain dengan tarikan-tarikan yang ada atau melihat semua persembahan-persembahan yang melibatkan karektor Disney.


globe sebelum memasuki Mediterranean Harbour

HE pula memutuskan untuk melihat semua persembahan memandangkan untuk bermain terdapat sedikit halangan ketinggian kerana anak HE masih kecil. Memadai HE melihat persembahan. Tambahan pula persembahan adalah berbeza mengikut musim. Memulakan pemergian HE ke Tokyo Disney Resort adalah dengan menaiki keretapi sehingga stesyen Maihama mengikut line Keiyo atau dari rumah HE melalui line Musashino. Selepas sampai ke Maihama, untuk ke Disney Sea, kalian perlu menaiki line Disney Resort ke stesyen Disney Sea.


Wajah penuh kegembiraan Adia semasa ditarik oleh Mickey

Setelah memasuki pintu masuk Tokyo Disney Sea (selepas ini TDS), kalian akan lihat mercutanda TDS iaitu sebuah globe besar yang berpusing dan di situ akan merapati Pelabuhan Mediterranean yang menjadi tumpuan utama persembahan di TDS. Pagi itu, persembahan dimulakan dengan Chip and Dale Water Service. Di situ Chip and Dale akan datang ke pada semua pengunjung  dengan menaiki kapal dan ‘menembak air’ kepada semua orang memandangkan suasana musim panas yang sememangnya panas.

Over the Wave

Tamat persembahan, dengan kebasahan, HE sekeluarga pergi menyususri Tower Of Terror untuk melihat Broadway berjudul Big Band Beat tetapi memandangkan anak HE tidur, memadailah hanya dengan ‘lalu sahaja’.

Dalam terik matahari musim panas dan keperitan bahang laut di Disney Resort itu, HE dan keluarga menonton persembahan yang ‘must see’ iaitu ‘Over the Wave‘. Anak HE dalam keadaan tidur pun boleh terjaga kerana muziknya yang menarik (tetapi HE rasa, waktu itu panas matahari sangat terik).


Legend Of Mythica

Selesai persembahan, kami mencari tempat untuk makan tengahari tetapi berkejar untuk melihat ‘Meet and Smile’ di Mediterranean harbor. Malangnya, sesampainya ke tempat itu, persembahan baru berakhir. Oleh kerana kecewa, HE berhajat menunggu persembahan seterusnya yang dikatakan persembahan yang sudah lama dihentikan dan dipersembhkan semula iaitu Legend of Mythica.


Triton Kingdom di Mermaid Lagoon


Arabian Coast, tempat Aladin dan Jasmeen

Sementara menunggukan persembahan, HE dan keluarga pergi ke kedai gambar untuk mengambil gambar di situ dan sudah rezeki anak HE, Mickey Mouse, Minnie Mouse dan Donold Duck keluar. Paling seronok anak HE, Mickey Mouse menarik tangannya untuk berjalan bersama-sama. Malah selepas bergembar, Mickey mencium anak HE.

Setelah bergembira di situ dan menonton persembahan Legend Of Mythica, berjalan lagi mencari apa yang anak HE suka di Mermaid Lagoon. Di situ dapatlah persembahan Ariel (The little Mermaid). Anak HE pun senyum lebar melihat princessnya.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai, HE bawa semua ke tempat bernama Hanger Stage yang mempersembahkan Mystic Rhythm. Persembahan berkisar hutan Amazon itu sungguh hebat dengan gandingan air, api di atas pentas ala Istana Budaya diiringi aksi akrobatik. Sayangnya gambar tidak dapat dirakamkan.


Salah satu babak dalam BraviSeaMo

Selesai persembahan, hujan telah reda dan HE melangkah mencari persembahan BraviSeaMo sebelum menyudahkan catatan perjalan di TDS dengan persembahan Bon Fire Dance.


Aturcara Bon Fire Dance, Jasmeen dan Aladin, Assalamualaikum Minasan, katanya.

Perjalanan yang memenatkan tetapi sungguh menyeronokkan. Melihatkan anak seronok, malah mamanya pun seronok, menjadikan HE terlebih seronok. Di situ bukan untuk kanak-kanak sahaja tetapi yang dewasa masih boleh bermimpi dan ke kembali zaman muda anda. Seperti tagline Disney,

‘where dreams come true’

Advertisements

2 thoughts on “>Tokyo Disney Sea

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s