>Cuti Musim Panas

>Secara rasminya hari ini adalah cuti musim panas (natsu yasumi). Di TV pun menyatakan bahawa semalam sudah bermulanya musim panas dan musim hujan telah pun berakhir. Selepas dua hari peperiksaan, inilah masanya untuk merehatkan minda tetapi awal-awal lagi cikgu sudah memberikan kerja rumah untuk dihantar 3 minggu lagi setelah cuti tamat. Agaknya itulah kaedah Jepun memegang pendekatan ‘belajar sepanjang masa’.  Kita mungkin sedar bahawa agama kita menekankan pembelajaran sepanjang hayat tetapi kadang kala kita lupa. Mungkin orang yang bukan beragama Islam lebih rancak mengamalkan cara agama kita daripada kita tanpa kita sedari.

 

Pasta Asari dan Udang (HE pesan)

Kobayashi Sensei pesan Kek ini sahaja. Diet katanya tapi makan kek.

Tamago (telur) Pizza yang dipesan Abe Sensei.

HE dan rakan sekelas merancang satu sesi shokuji (makan-makan) bersama sensei (cikgu) sempena tamatnya peperiksaan dan juga kejayaan mendapat tempat ketiga dalam persembahan semasa rombongan ke Gunung Fuji tempoh hari. Kesemua sensei sangat sporting kerana ketiga-tiganya hadir walaupun bukan pada hari kelas mereka mengajar kami.

Sudah makan semua tersandar;

Hidari kara migi made; Sabariah-san; Aidi-san; Jaya-san; Machida Sensei; Rozie-san (nampak tangan sahaja); Anorld-san; Sontaya-san; to Abe Sensei.

Memulakan perjalanan dari sekolah (Asia Bunka Kaikan) ke restoran makanan Barat yang berdekatan, kami berjalan kaki sehingga ke stesyen keretapi Sugamo. Di situ kami datang dan terus mendapat menu sebagaiman yang telah dipesan sehari sebelumnya. HE memesan sekadar spegatthi Asari dan Udang. Melihatkan pada menu dan cara masakan, ia boleh dimakan. upanya lebih kurang Olio Spegatthi. Lain-lainnya memesan untuk Piza dan sebahagiannya memesan Sandwich.

Leader-san, Jaya-san; tergagap bagi supecchi (speech).

Walaupun tiada apa yang begitu istimewa tetapi perjumpaan itu yang paling utama. Masa masing-masing bersosial dengan lebih dekat terutamanya dengan sensei. Ia juga masa mempraktikkan apa yang dipelajari. Masanya juga mengenali budaya orang-orang Jepun dengan bertanya sensei.

Advertisements

One thought on “>Cuti Musim Panas

  1. >wah..jaya-san pun sudah lama duduk sini gagap lagi ke cakap japang…kami panggil dia hayakawa sensei…baik sangat orangnya masa kami kelas kaiwa hari tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s