>Bon Odori (盆踊り)

>Bon Odori adalah perkataan Jepun yang bermaksud Tarian Bon (secara lumrahnya disebut Obon sahaja). Bon Odori kerap kali mengingatkan HE tentang temujanji (date) HE dengan isteri HE ketika masih bujang dahulu. HE jarang keluar date dengan isteri HE sebelum berkahwin tetapi semasa Bon Odori di Malaysia yang diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam, HE dan isteri (pada masa itu bujang), pergi ke sana untuk merasai suasana Bon Odori.

Orang tua mengetuai pergerakan tarian Bon Odori

Pada asalnya, Bon Odori ditarikan pada musim panas khasnya pada hari Bon adalah kerana tradisi Jepun yang dipengaruhi elemen Buddha. Pada hari Bon tersebut, penganut Buddha akan memeringati nenek moyang mereka kerana mereka percaya pada hari Obon itu, roh nenek moyang mereka akan kembali ke rumah mereka untuk menziarahi cucu cicit mereka.

Apa juga tujuan Bon Odori, kita yang mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu, tetapkan keimanan kita. Bon Odori sebagai satu pengalaman untuk kita mempelajari budaya bangsa lain. Pembelajaran ini penting untuk kita mengenali kekuatan dan kekurangan bangsa lain. Mana yang baik dijadikan ikutan dan mana yang buruk dijadikan sempadan.

Penari dengan memakai Yukata

Semasa Bon Odori ditarikan, sebuah pentas besar di tengah-tengan laman didirikan untuk diletakkan gendang;. Manakala sekelilingnya dipenuhi orang yang mengelilinginya dengan tarian Bon. Kebiasaannya mereka akan memperagakan Yukata (Kimono musim panas). 

Pentas di tengah-tengah disediakan untuk meletak gendang

HE berkesempatan untuk melihat Bon Odori di bandar berdekatan dengan rumah HE di MotoYawata. Sungguh menarik kerana dalam kesibukan bandar, mereka masih boleh melakukan Bon Odori di situ dengan suasana terkawal. Hendak dikatakan pendatang asing tidak banyak, memang banyak yang bekerja  atau belajar di Jepun tetapi tidak seriuh konsert di Dataran Merdeka. Apa jua keadaannya, Bon Odori menampilkan satu mesej besar kepada HE; “Aku masih punya ibu bapa, bersyukurlah!!!”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s