>Malaysia

>Sedang HE berjalan dari rumah ke eki (stesyen keretapi), ada seorang lelaki tua menegur;

“Your country Malaysia?”

“Hai, Mareshia kara” HE cuba berbahasa Jepun.

“I raike (like) Mareshia, Mareshia good” Sambung lelaki tua Jepun itu dengan bangganya.

“I raike Mare (Malay), Chugaku No! (Chugaku bermaksud China) sambungnya lagi. HE tidak [asti sama ada maksudnya orang Cina di negara China atau orang Cina di Malaysia.

Yang pastinya, HE membuat kesimpulan sendiri, dia menyukai Mare (Malay) dan HE hanya berterima kasih. Arigatogozaimasu.

Kalian tentu bangga jika disapa begitu dan mereka menyatakan mereka berbangga dengan bangsa kita walaupun mereka lebih maju daripada kita. Orang Jepun kerap merujuk Malaysia sebagai sebuah bangsa yang berterus terang dan bukan seperti mereka yang kebanyakannya hipokrit. Malaysia juga kerap kali dikategorikan bangsa yang pandai berbahasa Inggeris. Pada suatu ketika sensei (guru) HE berkata; “Mareshia no gakusei wa, eigo ga josudesune” (pelajar mlaysia pandai bahasa Inggeris ye…)

Dalam sebuah rancangan TV baru-baru ini, satu forum Perdana yang melibatkan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Perbincangan terbuka dengan pemabangkang itu membicarakan tentang tindakan Jepun terhadap situasi Dunia sekarang dan politik dunia berkaitan nuklear. Seorang panel menyatakan kehairanannya terhadap pentadbiran Jepun yang cukup susah untuk berterus terang dan tegas terhadap keputusannya. Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan rakyat Jepun tidak suka Jepun terlalu patuh kepada Amerika tetapi sejarah Jepun menjadikan pentadbiran kerajaan Jepun terikat dengan beberapa perkara.

Paling menarik apabila seorang panel merujuk akan sikap tegas Malaysia dalam menyatakan pendirian. Jika Malaysia kata perkara itu salah, maka dengan yakin kita menjawab ia seabagai salah walaupun terhadap Amerika dan kuasa besar. Malaysia memang terkenal dengan dasar luarnya yang konsisten dan kita berharap kerajaan kita akan terus bersikap konsisten dan tegas dalam soal-soal keselamatan serantau.

Selagi itu keadaannya kita akan terus dipandang tinggi baik di Jepun, mahupun di dunia. Yang pastinya, rakyat kita perlu berasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi di Malaysia sekarang. Tidak kira apa juga etnik, bergembiralah dengan kepimpinan dan apa yang telah ada pada negara kita. Jika kalian ke tempat lain, lebih banyak perkara anda akan ketahui, betapa indahnya negeri sendiri. Bak kata pepatah, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Advertisements

One thought on “>Malaysia

  1. >Orang Jepun memang tak suka dengan bangsa dari negara China dan Korea…mereka ibarat musuh dalam selimut…bagus juga kalau orang Jepun suka kita..tapi berapa kerat yang tahu Malaysia kat mana..yang mereka tahu Indonesia dan Singapura

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s