>7-7-7

>Di Malaysia, pada tarikh 7 Julai 2007, kebanyakan pasangan mengambil tarikh tersebut untuk melangsungkan perkahwinan. Terbit di dada-dada akhbar akan gambar sekumpulan pasangan berkahwin serentak untuk tarikh tersebut.

Di Jepun, pada tarikh 7 Julai mereka meraikan Temasya Tanabata. Sambutan yang berasal umbikan kepercayaan orang-orang Cina dahulu, diambil sebagai budaya Jepun sehingga kini. Tanabata atau Festival Bintang bertujuan memperingati kejadian perpisahan sepasangan kekasih dewa dewi lantaran lupakan tugas mereka. Mereka dipisahkan oleh sungai Bintang atau Milky Way oleh Ayahnda Dewa-Dewa. Memperlihatan kesugulan pasangan ini, maka mereka dibenarkan bertemu sekali setahun iaitu pada 7 haribulan, pada bulan ketujuh Kalendar Lunar yang kerapkali jatuh pada Bulan Julai ataupun Ogos. Maka di jepun, dua tarikh iaitu 7 Julai dan 7 Ogos diraikan di beberapa tempat.

Menurut kisah setempat, pasangan kekasih ini, tidak akan dapat bertemu pada tarikh tersebut jika hari hujan. Atas tujuan itu, mereka memanjatkan hajat agar hujan tidak turun pada tarikh tersebut dengan menggantung permintaan mereka yang telah ditulis di atas kertas berwarna warni  dan disangkutkan ke dahan pokok buluh. Ia menifestasi Pesta Tanabata agar dewa-dewa dapat mendengar hasrat mereka. Bagi kita yang beragama Islam, apa jugadoa dan harapan diletakan kepada Allah swt. Kerana kepadaNya sahaja kita merealisasikan rezeki yang telah tertulis di dalam perut ibu kita semasa mengandungkan kita selama 9 bulan.

 

Beralih kisah tentang tujuh di Jepun, pada tarikh yang sama telah diumumkan 7 Keajaiban Dunia yang baru. Usaha sejak tahun 2000 itu menampilkan pencalonan sebanyak 77 keajaiban termasuk Menara Berkembar Petronas. Seterusnya disenaraipendek kepada 21 sebelum diumumkan di Lisbon pada 7 Julai 2007. Berikut adalah senarai 21 yang terpilih:

Dan Hasilnya, pada 07-07-07;

Chichén Itzá, Mexico

Christ Redeemer, Brazil

Tembok Besar, China

Machu, Picchu, Peru

Petra, Jordan

The Roman Colloseum, Italy

Taj  Mahal, India

Sayangnya Menara Berkembar Petronas tidak tersenarai, kerana perkara ini tidak sehangat kisah Altantuya…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s