>Sanrio Puroland

>Kisah berjalan lagi. Bukannya apa, anak dan isteri seharian terperuk di rumah, hujung minggu adalah masa untuk mereka keluar dari kepompong. Untuk itu HE telah rancang satu percutian (percutian ke) ke Sanrio Puroland iaitu taman tema untuk karektor Sanrio seperti Hello Kitty, Kerokerope dan sebagainya. Tambahan pulan anak dara HE seorang penggemar Hello Kitty yang ‘fanatik’.

Bermula dari stesyen Motoyawata terus menaiki keretapi Keio Express ke Keio Tama Centre, perjalanan mengambil masa 1 jam. Mungkin jalan ini akan menjadi jalan baru kelak kerana HE berharap dapat masuk Universiti Keio pada tahun hadapan.

Sanrio Puroland (sebutan Piuro Land), bukanlah besar seperti Taman Tema Disney, malahan ia tidak mempunyai tarikan menarik yang terbuka. Semunya berada di dalam bangunan. Di dalam kata lain (indoor theme park). Walau bagaimanapun ia sangat menarik kerana sepanjang waktu seperti berada pada waktu malam.

Kalian perlu membayar 4000 yen seorang untuk memasuki ke dalam Puroland. Ada beberapatarikan yang disediakans elaian kedai memnjual cenderamata yang agak mahal. Antaranya Sanrio Character Boat Ride. Ia mengelilingi di dalam Puroland sebagaimana jika and memasuki ‘Its a small world’ di Disneyland.

Sanrio Puroland Boat Ride

Ramainya orang pada bila-bila masa pun.

Dalam Boat Ride

Adiasenyap sebab terpegun banyak sangat Hello Kitty

Selain daripada itu, satu panggung teater dsebuah sekyen yang digelar Discovery Theater. Di sini kalian boleh menonton persembahan character Mocha, Expresso, Milk dan Cinnamon Roll.

Discovery Theater

Di dalam theater selepas menunggu, kira-kira 30 minit.

Paling utama apabila berada di sini esti pergi ke Kitty House untuk bergambar dengar Hello Kitty, kemudiannya adalah sesi menunggu Character parade.

Adia atas katil Hello Kitty

Semasa Parade

Mama Adia yang suka …

Adia menjerit masa ni…”kitty!!!!!!”

Tamat parade, masanya untuk balik. Walaupun penat, melihatkan Adia seronok, hilang rasa penat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s