>Barang Terpakai

>Semalam HE ke kedai second hand untuk membeli telefon kerana sudah hampir sebulan pasang internet tetapi VoIP Phone HE masih tidak berguna. Dapat juga membeli telefon dengan harga 800 円. Kalau dikira-kirakan dengan duit Malaysia lebih kurang 26 ringgit Malaysia. Apa hendak dibuat. taraf hidup di sini tinggi. Kalau membeli memang bukan cara yang baik dengan membandingkan harga di Malaysia kerana sudah tentu harga akan menjadi tinggi. Kesimpulannya beli sahaja.

Sebelum itu, HE pergi ke Hard Off (sebuah kedai menjual barangan terpakai) dan di situ HE membeli CD-CD lama yang telah dijual semula. Orang Jepun mungkin tidak berapa suka lagu-lagu English untuk dibuat koleksi. Atau mungkin mereka sekadar membeli untuk tujuan pra dengar dan jika tidak sedap mereka akan menjual CD tersebut semula. Nampaknya HE pun boleh buat perkara yang sama. beli CD… dengar…jual semula. Alangkah seronoknya ada banyak kedai sebegini di Malaysia. Di Malaysia ada sebuah kedai dengan konsep yang sama berdekatan dengan Apmpang Point, namanya Converter. Ada juga cawangannya di Kelana jaya. HE selalu juga dapatkan CD-CD Melayu lama di sana.

HE rasa aklau banyak lagi konsep kedai sebegi di Malaysia, lebih bagus kerana kita yang kurang mampu boleh mempunyai pilihan untuk membeli. Jika tidak boleh beli yang baru, kita boleh beli yang terpakai, sama seperti kereta. Selain itu kita boleh merancang perbelanjaan kita. Maklumlah, kadang-kala kita sangat perlu sesuatu benda tetapi duit tidak cukup, jadi beli sahaja yang terpakai sebelum kita menyimpan wang untuk membeli yang baru.

Advertisements

3 thoughts on “>Barang Terpakai

  1. >kitaorang dulu selalu gak gi kedai secondhand tapi sejak akhir2 nih bila pakai barang terpakai cepat ajer rosak..yerlah benda nak murah kan..so bila pikir2 balik baik pakai barang mahal sikit tapi baru dan boleh pakai lama.. sakit hati bila baru pakai sekejab dah rosak.. ada setengah orang pandai cari barang secondhand yang murah dan bagus…p/s cantik layout blog nih.orang rumah tengah layan drama jepun 24jam ek..hehehe

  2. >nak beli barang terpakai nie kene buat survey samada berbaloi atau tak. kalau barang susah nak dapat sambar jer. stakat appearance rosak sket tak pe. nama pun 2nd hand. yg penting mesti function.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s