>Makan

>Apa juga keadaannya di negeri orang, makanan adalah perkara utama yang menjadi perhatian kita. Bagaimana hendak mencari tempat maknan halal. Di mana hendak mencari daging halal.? Perkara-perkara seperi itu menjadi isu utama, baik datang sekejap mahupun lama. Sama seperti di Jepun, perkara utama adalah makanan. Ramai kalangan senoir atau Senpai memberikan cadangan pelbagai tempat dan HE merupakan Junoir mencari pilihan-pilihan ini.

Beberapa minggu lalu, HE sempat ke Okachimachi salah satu laluan stesyen keretapi ke sekolah HE. Okachimachi bagai Petaling Street di Malaysia tetapi dipenuhi peniaga Jepun. Di situ ada sebuah bangunan dan di bawahnya ada sebuah pasar basah dan menjual barangan Asia Tenggara seperti dari Thailand, Filipina dan Indonesia, malah Malaysia. 

Cuma, untuk pergi ke kawasan membeli barangan kering itu, kita terpaksa melalui beberapa kedai yang menjual hidung-hidung yang dijual berkeping-keping umpama bunga teratai muda. Walau pun begitu untuk mendapatkan daun pandan dan serai, buat masa sekarang, inilah tempatnya.

Serai dan Bawang di Okachimachi.

Ada pula beberapa pekan lain bernama Shin Okubo pula menyediakan daging halal, baik ayam mahupun daging. Makan untuk mendapatkan bekalan, adalah lumayan jika membeli di sana. Kebanyakan peniaga adalah orang Asia Selatan dan Asia tengah.

Pemandangan di Okachimachi yang penuh dengan manusia.

 Bila kita dalam keadaan serba kekurangan ini, mula datang selera yang luar biasa. HE tiba-tiba teringatkan Pajeri Nanas, Laksa, Asam Pedas dan macam-macam lagi kalau hendak disenaraikan, bukan di sini tempatnya. Mujurlah isteri HE, buat apa yang HE minta, maka tak ralat kata orang.

Lagi pemandangan di Okachimachi

Bercerita tentang makanan, tidak lepas daripada topik makanan tempatan. Sejak berada di Malaysia HE pernah ke kedai sushi mahupun makanan Jepun. Cuma di jepun ini kita kena lebih membiasakan.  Sebut makanan jepun kita boleh nyatakan beberapa yang popular seperti:

1. Sushi; nasi gulungan dengan rumpai laut yang di dalamnya ada inti yang boleh diadukkan dengan salmon atau maknan laut lain,

2. Sukiyaki; stimboat jepun.

3. Tempura; sayuran dan makanan laut gorengan tepung khas Jepun.

4. Sashimi; iaitu makanan-makanan mentah yang dicicah kicap Jepun.

Boleh dikatakan makanan Jepun bukanlah sesuatu yang menarik dari segi rasa dan bahan cuma sesuatu yang boleh dipuji hanyalah dekorasi dan persembahan makanannya sahaja. Jika dinilai dari segi kreativiti penyediaan ramuan makanan, sudah tentu makanan Malaysia dijulang kerana makanan Jepun sekadar di sediakan dengan keadaan mentah atau separa mentah dan dimakan dengan kicapnya. Atau ia dimakan dengan sup.

Bila memikirkan makanan Jepun, kalian akan merasa bertuahnya berada di Malaysia dan kepelbagaian pilihan makanan yang berada di negara kita. Bersyukurlah.

Pintu masuk ke Jalan ke Okachimachi.

Advertisements

2 thoughts on “>Makan

  1. >hi ther1 u sure to be missing the food in M'sia. btw wanna inform u tat im pursuing my deg as well early next month (june) at malacca majoring in security technology. its a 3yrs prog. im hoping tat i can compress to a 2yrs study & directly pursue master aft tat. ru a frequent user of friendster? do add me 9ghui82@yahoo.com) if u hv one. till then, my regards to kak zura & ur baby gal. best of lucks to u in ur undertakings..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s