>Sakura

>Kalian memang mengenali Sakura (さくら)kerana ia adalah lambang Jepun. Jepun memang menghalang bunga ini dibawa ke luar dari negara Jepun suapaya ia menjadi sesuatu yang unik dan hanya boleh dilihat di Jepun sahaja.

Waktu ini, kebanyakan tempat sudah tiada Sakura kerana musim panas bakal menjelma. Hanya di Hokkaido mungkin Sakura baru mula menjelma kerana kesejukan di Hokkaido sudah beransur kurang.

Sakura berdekatan rumah HE.

Pada musim bunga kebanyakan orang Jepun pergi berkelah di taman yang banyak bunga Sakura. Ia dikenali sebagai Hanami (花見)はなみ)atau melihat bunga. HE teringin hendak buat di Malaysia tetapi dengan terik matahari, lupakan sahaja…

Jika di negara kita bunga adalah lambang wanita, di Jepun Bunga Sakura adalah lambang kehidupan mereka. Kehidupan orang Jepun penuh dengan Sakura, baik di pinggan mangkuk, pakaian dan mainan.

 

Poohon Sakura berhampiran kedai di rumah HE.

Bercerita tentang kehidupan orang Jepun, mengingatkan HE tentang kisah orang Jepun yang kerap membunuh diri di landasan keretapi. Sudah menjadi isu di Jepun ada sesetengah orang membunuh diri di landasan keretapi dan menyebabkan pergerakan keretapi tergendala. Bagi mengelakkan kerugian terhadap syarikat pengendali, mereka akan menyaman keluarga yang membunuh diri. Jadi untuk tidak menyusahkan keluarga, orang Jepun akan berfikir dua tiga kali untuk memilih landasan keretapi bagi membunuh diri.

Ada sebuah sungai dirumah HE, banyak pohon Sakura sepanjang sungai. 

Ibarat berakhirnya musim bunga dan gugurnya Sakura ke lantai bumi, orang Jepun menyelesaikan kehidupan mereka yang tertekan di roda keretapi dan meneguk Sake sehingga memagut maut sepantas mungkin.

Sakura di sebuah taman berdekatan rumah HE.

Advertisements

2 thoughts on “>Sakura

  1. >ermmm bile lah agak nye…tic leh ke negara matahari terbit tuh…:)insyaallah satu hari nnt kot….:) well skang dah len erkkk blog HE…dulu len…ermmm pembaharuan erk..!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s