>Tokyo Disney Resort

>DSCF3316

HE dan sekeluarga telah menjenguk ke Tokyo disneyland atau Disney Resort untuk pertama kalinya. Di atas adalah gambar entrancenya. Selepas tiba di eki (station) Maihama, dalam keadaan sejuk dan berangin, HE redah masuk dengan harga seorang dewasa 5000 yen, adalah dekat 10 ribu lebih masuk ke dalam tu untuk melihat kartun.

Anak HE suka benar bila dapat bergambar dengan Cinderella, (favorite karektornya), Sayangnya Snow White tak muncul-muncul untuk bergambar.

Akhirnya HE nampak juga Cinderella Castle di depan mata yang selama ini hanya dilihat masa tengok kartun sahaja.

DSCF3321

Adia seronok dapat bergambar dengan Cinderella.

HE rasa kalau Malaysia buat Disneyland macam ini sudah tentu banyak peluang pekerjaan akan dapat disediakan. Cadangan untuk dibuatkan Disneyland di Nusa Jaya di Johor patut diadakan sejak dulu lagi. Selain melengkapkan pakej kemasukan wang luar melalui pelancongan, ia dapat juga dijadikan peningkatan sumber manusia negara, dalam katalain…modal insan seperti di uar uarkan.

DSCF3356

Belle semasa Parade yang ditunggu-tunggu semua orang

Kalau ke Disneyland, pasti orang menunggu-nunggu parade karektor kartun. Nasa ini semua orang berbaris, tak kira bangsa, tengoklah kartun macam budak-budak tak kira besar kecil mahupun tua muda.

HE pun jadi seronok tapi yang paling seronok melngingatkan, bertali arus duit mengalir. Cuba bayangkan harga secawan hot choc bernilai 231 yen, atau kalau pusing-pusing bernilai 80 ringgit. Tetapi kalau ikutkan kuasa beli mereka hanya sekadar 2.30 je.

DSCF3361

Bil hot choc HE di Disneyland.

Apa juga keadaanya, walaupun mahal, inilah dia peluang yang ada, jika tidak, bila lagi HE nak pergi? Tidak begitu?

Advertisements

3 thoughts on “>Tokyo Disney Resort

  1. >seronoknya baca dan tengok blog kamarul. Mulanya tertanya juga Hairi Eusoff ni siapa? Makin dibaca blognya makin terasa dekat dan kenal pulak. Buat Sistem tenpin MSSM kat jb, setau akak kamarul dan ana yang turun. Then confirmkan dengan ana, memang sah ini blog kamarul. Bestnya …. dan kirim salam pada zura. Semoga selamat dirantau orang.

  2. >Assalamualaikum, Blog saudara memang saya suka baca sebab membuatkan saya berfikir. Seronok juga bila saya tengok, gambar gambar di Jepun tu dan mengingatkan pengalaman saya semasa kursus pendek di Jepun. Kalau ada peluang cuba ke Okinawa. Pada saya ianya pulau yang cantik dan tak sesibuk tempat lain di Jepun…Selamat belajar dan pulang dengan kejayaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s