>Berani tempuh

>Hari selasa yang lalu, HE hapus (delete) semua entri dari blog lama yang menggunakan CMS yang lama. Ia termasuklah entri yang mengangkat HE sebagai entri merangsang intelek dalam RAPAT 2006 yang lalu. Alasannya, HE mahu membuka lembaran baru dalam penulisan dan memberikan suatu jiwa lain tetapi apakah ia, HE sendiri tidak tahu, walaupun blog menggunakan WordPress ini sudah sekian bulan dicoret. Ibaratnya, sejarah blog lalu dipadam dari ruangan siber ini.

Ironisnya, pada hari yang sama, HE berjumpa dengan Amyz untuk mengambil hadiah “Entri Merangsang Intelek RAPAT 2006” setelah sekian lama tidak diambil-ambil. Ia umpama menjilat semula kata-kata HE untuk membuang sejarah blog lalu tetapi mengangkat kembali sejarah hidup itu di dalam ruang-ruang memori HE untuk hidup yang akan datang.

HE pernah terfikir yang sejarah itu bila ia pahit, lebih baik diseret di atas jalan, atau digelek dengan steamroll agar terus kemik sama rata dengan jalan dan diluputkan dari minda HE. Namun ia sebenarnya satu guru yang sangat besar ertinya kepada manusia. Jika kita melarikan diri darinya maka ia akan terus mengejar ibarat bayang di remang panas terik mentari. Maka usahlah kita cuba mengelakkannya, sebaliknya, ditempuhi agar kita bisa menawannya.

Sama seperti kerja HE ini, akhirnya berakhir dengan kejayaan walaupun pelbagai masalah timbul semasa sistem e-kejohanan dan e-PS ini cuba dibangunkan. Berkat kesabaran dan berani menempuh segala halangan, maka kejayaan akan datang dengan izinNya.

Advertisements

4 thoughts on “>Berani tempuh

  1. >ye HE.selalu nye kejayaan itu muncul setelah tungkus lumus kita bangun dari macam2 dugaan dan kegagalan. apa salah nye kalo sesekali kita terkenang akan kisah silam.biarpun ia nye pahit. selamat maju jaya!

  2. >Am pula walaupun bertukar ke blogspot tapi tak pernah memadamkan segala tulisan di blogdrive dahulu. Bagi Am apa yang Am tulis bukan sahaja untuk jadi teguran atau cerita pada pembaca Am tapi sebagai peringatan untuk diri Am sendiri.kejayaan makin manis dirasa bila ia datang dengan satu usaha yang memenatkan

  3. >jutaan terima kasih saya ucapkan kepada HE di atas usaha, kreativiti, kerjasama, idea, sokongan dan semangat kental yang diberi semasa menjayakan e-kejohanan dan ePS. Walaupun ePS masih belum matang, tetapi sumbangan HE di dalam melahirkan kedua2 produk ini adalah sesuatu yang amat dibanggakan dan amat saya, ayat, en nizam, en yop, en hanim dan seluruh warga sukan KPM hargai.terkilan kerana tidak dapat berjumpa HE sebelum HE secara rasmi meninggalkan BTMK. slps kejohanan boling, saya tak lekat di putajaya. sekarang ni pun saya di sandakan sabah kerana membuat pemantauan kontrak penyenggaraan ICT.Semoga pengalaman membangunkan ekejohanan dan ePS memberi seribu satu erti kepada HE dan memberi pengalaman yg amat bermakna di dalam kerjaya HE. Syabas dari saya dan terima kasih.Chaiyo! Chaiyo!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s