>Amarah

>Amarah atau marah, paling disukai oleh syaitan. Ia bagai api yang meluap-luap dalam badan kita. Maka justeru itu kita disarankan berwudu’ untuk melegakannya. Ini adalah kisah marah dalam jiwa HE. Persoalannya kenapa HE marah.?

HE marah kerana – pertamanya:

anak buah HE deliver kerja tidak seperti yang HE harapkan. HE sudah bagi template portal untuk dia gunakan dalam pemprograman tetapi kacau bilau seting template tersebut malah dia tak deliver pada waktu yang ditetapkan. Alasanya dia perlu belajar membuat program. HE sudah bagi waktu yang panjang tetapi kesudahannya tidak mencapai kehendak HE.

Persoalannya berapa lama diperlu belajar. HE faham proses pembelajaran itu sepanjang waktu tetapi untuk sesuatu perkara kita mesti selesaikan tugas yang telah ditetapkan. Jika kita rasa lamabat, kita mesti percepatkan.

HE langsung tidak boleh terima alasan ‘tak pandai’, ‘tak boleh’, ‘tak gheti’, ‘susah’ , ‘saya lambat sikit’ dan sebagaimana sewaktu dengannya. HE berpegang pada hakikat ‘Jika orang lain boleh melakukannya, kenapa tidak aku’ (Itu falsafah mak HE juga).

HE marah kerana – keduanya:

Oleh kerana HE akan sambun belajar dan tempat HE tidak berganti lagi, maka untuk tujuan pengurusan sistem dan pembangunannya, HE perlu mencari penanggung kerja, setelah berbincang dengan boss lama dan baru (bos lama HE keluar dua bulan sebelum HE berangkat) maka mereka menyarankan programmer kanan kumpulan HE patut menanggung kerja kerana dia lebih memahami selok belok sistm dalam kumpulan. Maka HE bawa keputusan tersebut kepada programmer kanan HE.

Adakah patut jawapan kepada permintaan HE agar dia menanggung sementara kerja-kerja HE (ikut persetujuan boss HE) jika HE menyambung pelajaran nanti; “Saya tak pandai, saya slow skit, susah buat design design system ni”.

HE kata ‘Tuhan jadikan otak manusia sama sahaja, saya tak boleh terima alasan itu’. “Saya dulu belajar cobol di universiti tak pula belajar html dan cfm asp dan php tetapi saya pergi kursus sekali, saya ambil inisistif sendiri belajar untuk tingkatkan pemahaman.” Yang paling HE tak boleh terima selama dia di dalam unit pembangunan aplikasi, dia buat apa? HE yang baru masuk tidak sampai setahun perlu terkial-kial ini pun sudah tahu baca program dan buat program sendiri.

Baiklah, HE cool down sebentar. Memang HE marah tetapi perkara pokoknya kemarahan HE adalah sikap. HE mahu sangat melihat generasi bangsa Malaysia yang progresif (sama seperti cabaran Wawasan 2020). Kita perlu pantas. Tangkap semua peluang ilmu. Dalam suasana dunia tanapa sempadan., kita boleh dapat mengorek maklumat dihujung jari. Jika tidak pun rakan-rakan boleh membantu dan jangan segan bertanya, jika kita rasa kita ada kekurangan, GANDAkan usaha. Penumpuan yang lebih.

Kepada anak-anak buah kumpulan HE, sekiranya HE tertinggi suara, harap maafkan, HE cuma mahu melihat kalian bergerak pantas. Ia akan membantu anda pada masa hadapan. HE suatu ketika dahulu pernah diherdik di hadapan orang ramai oleh seorang boss yang perfectionist. Maka HE sangat memahami, kenapa boss marahkan kita, kerana kita tidak buat kerja yang disuruhnya. Ia mengajar HE agak lebih pantas tetapi tepat walaupun kadangkala kita terlepas pandang tetapi kita perlu segera betulkan kesilapan kita. Dia juga mengajar HE menjadi seorang boss dan bukannya ‘kerani yang di bayar mahal’. Maksudnya, jika kita system analyst, kita bukannya typist.

Ayuhlah rakan-rakan meningkatkan kemajuan diri bukan satu kerugian, malah pada masa depan kalian akan rasa betapa bertuahnya kita memulakan langkah pertama dahulu untuk menggerakkan diri kita ke hadapan. Semoga berjaya. HE hilangkan rasa amarah ini dan berdoa agar anda berjaya.

p/s1: berada di Johor Bharu untuk tunggu sedia (standby) e-Kejohanan MSSM Boling Tenpin di Daiman Bowl. Tanggungjawab yang perlu lansai sebelum berangkat.

p/s2: Hari ini hari perkahwinan sahabat baik ku semasa di sekolah menengah, sorryla aku tak dapat pergi. Aku ada tugas kat JB ari ini sampai minggu depan. Walaupun kau datang kenduri aku, aku tak dapat pergi kenduri kau. Lain kali kau tak payah buat surprise2 lapuk kau tuh..ini adalah lesson learn ok.. kalau kau ada intention nak buat majlis perkahwinan lagi satu dua dan tiga..hwa hwa hwa.., Jimmy happy newlywed bro. Dapat anak cecepat bro..ko dah tua..ha ha ha..

p/s3: Kepada anak buah pinjaman saya yang menjadi pengapit kawan baiknya hari ini, tengoklah saya..walaupun member baik kahwin, demi kerja..ku tinggalkan sahabat ku itu..

Advertisements

3 thoughts on “>Amarah

  1. >Saya pun pnah hadapi masalah sama mcm ni, sy cukup marah smpi naik giler sbb kes macam nilah. Mcm2 alasan! Saya tak pernah langsung g kursus berkenaan apa yg sy buat sekarang tp sy boleh kuasainya hanya dengan komited dan sedar ia adalah tanggungjawab kita … kenapa orang lain tak berfikiran seperti ini ye?? Saba jelah

  2. >Itu jawapan org yg malas dan tak berdaya maju HE, Nasib baik clerk Am tak macam ni walaupun pernah juga kena marah dengan Am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s