>Selenggara

>Sedang dalam kepala HE memikirkan tentang penyelenggaraan sistem yang telah diuji bersama pengguna di JB, tiba-tiba HE terdengar perbualan dua orang Cina.

“You see, ah. The toilet design so nice (merujuk tandas Lapangan Terbang Antarabangsa Senai)”

“But we have the lousiest maintenance”

HE memang salut rekabentuk tanda Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tetapi HE tidak salahkan penyelenggaraannya sahaja tetapi kita kena lihat sikap pengguna juga. Dalam hatai HE hendak sahaja berkata

“It’s not all about maintenance but also user attitude like you”

Kita boleh ada fasiliti kelas dunia atau kelas pertama tetapi jika minda kelas ketiga masih kekal maka keadaannya masih begitu.

Putrajaya yang indah tetapi jika pihak atasan tidak mengambil berat soal penyelenggaraannya maka hanya tinggal kerosakan sahaja kelak.

p/s: Selepas solat Jumaat di Masjid Putra, bersalaman dengan Tun Dr. M. Miss him as my PM.

Tinggalkan komen