>Outstation lagi

>Untuk tempoh tidak sampai sebulan HE bertugas luar sebanyak 3 kali. bermula 29-31 Januari HE telah berada di Johor Bahru untuk User Acceptence Test (UAT) Sistem e-PS, kemudiannya pergi ke Ipoh pada 12-16 Februari, 23 Februari di Sandakan dan minggu ini, 27 Februari hingga 1 Mac ke Johor Bahru semula untuk UAT e-Kejohanan Boling Tenpin. Jadi, siapa kata orang kerajaan tidak komited pada kerja.

HE harap kurangkan sedikit mindset sebahagian daripada kita yang orang kerajaan yang pemalas dan suka curi tulang kerana tidak semua berperangai begitu dan ada juga yang berada di swasta lebih teruk daripada perangai-perangai di sektor awam.

HE harapkan kerajaan kurangkanlah sedikit pernyataan di media massa tentang kekurangan sistem penyampaian kerajaan yang dikatakan terlalu birokratik dan tidak efisyen. Kerana orang kerajaan sebahagiannya bekerja bertungkus lumus mengikut dasar kerajaan, jadi ubah sebahagian dasar yang memerangkapkan kerja kita daripada terlalu banyak birokrasi. Tambahan pula sektor awam ini sektor yang besar maka jumlah pekerja yang bermasalah juga besar. Berbanding dengan sektor swasta yang kapasti pekerja masing-masing kecil berbanding kerajaan maka jumlah pekerja bermasalah juga kecil.

HE ingin bertanya kepada anda semua yang bekerja dengan swasta, apa yang anda rasa perkhidmatan kerajaan sekarang, adakah teruk sangat berbanding dahulu?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s