>Temuduga

>Sudah dua hari HE menjalankan temuduga untuk jawatan juruteknik. Penatnya bukan kepalang kerana satu hari HE kena temuduga 30 orang lebih tetapi ada juga hari yang orang tidak datang jadi adalah kurang sedikit kepeningan menemuduga orang. Penalaman HE bila menemuduga orang ini, kita dapat melibat bagaimana sikap manusia, peribadi seseorang dan berjumpa manusia dengan permasalahan hidup mereka dan bagaimana mereka mengatasinya.

HE ada menemuduga seorang budak yang merupakan seorang yatim piatu pada hari ini. Buat masa sekarang dia tingal bersama abangnya kerana kedua-dua ibu bapanya telah meninggal dunia akibat penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Paling mengagumkan HE ialah bagaimana dia berusaha mendapatkan sekurang-kurangya segulung diploma bagi memajukan dirinya. Mungkin tidak mampu masuk ke IPTA kerana tempat terhad dan kelulusan yang kurang cemerlang kerana tidak berpeluang belajar dengan sempuran tetapi dia memohon memasuki universiti swasta dan dalam masa yang sama bekerja selepas waktu kelas untuk menyara hidup di universiti. Paling menghairankan HE, Mara yang merupakan pemberi pinjaman hanya membiayai yuran pengajian sahaja.

Tetapi sekurang-kurangnya dia sudah dapat memberikan dirinya diploma untuk mebawa dirinya kehadapan. mungkin ada rezekinya, sahutlah penajian yang lebih tinggi atau terokailah bidang keusahawanan. Semoga anak muda itu sukses.

Advertisements

One thought on “>Temuduga

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s