>Penstrukturan semula JPN

>Suka HE memetik laporan Utusan Malaysia edisi 9 Fberuari 2007 bertajuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) distruktur semula tingkat kecekapan. Pada HE, proses penstrukturan semula yang diumumkan Menteri Pelajaran itu sesuatu yang sangat wajar dan bertepatan dengan usaha pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilancarkan Perdana Menteri.

HE terpanggil untuk mencoretkan di sini kerana cadangan yang dikemukan Menteri Pelajaran iaitu mewujudkan dan memperbanyakkan jawatan baru seperti Pegawai Tadbir Diplomatik, Pegawai Teknologi Maklumat dan Akauntan sangat munasabah. Ini kerana, pada ketika ini kebanyakkan mereka yang mentadbir di Jabatan Pelajaran Negeri adalah mereka yang bukan dalam bidang yang sepatutnya. Kebanyakan mereka yang berada di JPN adalah guru-guru yang pada pandangan HE perlu memberi khidmat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Itu merupakan tugas hakiki mereka dan mereka sepatutnya lebih profesional dalam tugas itu.

Untuk tugas-tugas seperti mentadbir atau pengurusan dalam teknologi maklumat atau kerja-kerja teknikal, biarlah diserahkan kepada mereka yang berada di dalam bidangnya seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Pegawai Teknologi Maklumat (PTM). Jika dibiarkan guru melakukan kerja-kerja bukan bidang mereka, ini akan merugikan masyarakat kerana mereka ini dilatih di maktab-maktab atau Institusi Pendidikan Guru (IPG) untuk mmemberikan pendidikan kepada anak bangsa melalui pengajaran dan Pembelajaran dan bukannya membuatkerja-kerja teknikal seperti membaiki komputer membuat perancangan rangkaian dan sebagainya.

Pada pandangan HE juga perkara yang sama juga berlaku di Jabatan atau Bahagian di kementerian Pelajaran di mana pegawai-pegawai dari kumpulan guru juga mahu membuat kerja-kerja teknikal seperti membuat web, membuat kerja-kerja penyiaran seperti TV Pendidikan dan menjadi ‘troubleshooter’ komputer. Ini juga sangat merugikan pihak sekolah yang memerlukan khidmat mereka sebagai seorang pendidik tetapi ‘melarikan diri’ mereka untuk betugas ke Kementerian atas dasar kenaikan pangkat. Jika mereka yang berpengalaman ini diberikan kenaikan pangkat tetapi menggunakan kecekapan yang mereka ada dalam pengajaran dan pembelajaran sudah tentu akan memberikan impak yang lebih kepada anak murid.

HE berharap dengan langkah pertama pihak Kementrian Pelajaran ini, pendidikan negara akan terus berada dilandasan yang betul sebagaimana harapan Perdana Menteri untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan pembangunan modal insan generasi masa depan.

Advertisements

One thought on “>Penstrukturan semula JPN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s